Teaser Marena & Zul, Masjid Besi

Bismillahirrahmanirrahim



Masa aku kecik dulu abah ada bela kambing biri-biri dalam 300-400 ekor. Abah kongsi dengan beberapa kawannya di kampung. Pada awal pagi kambing tersebut akan dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. Jadi sebelah petang aku akan ikut abah cari kambing biri-biri yang dilepaskan tu. Dengan kawasan yang luas di bawah kebun kelapa sawit ia bukanlah tugas yang mudah.

Teaser Marena & Zul, Putrajaya


Kambing biri-biri ni sebenarnya ada geng masing2 :) biasanya diaorang akan berpecah dalam 20-30 ekor satu kumpulan. Selepas solat asar, aku akan naik belakang motor abah ngan adik aku mencari kawanan kambing tersebut. Bila jumpa satu kawanan kambing biri-biri, abah akan turunkan aku atau adik aku untuk iring kambing tersebut balik kandang diaorang.

Walaupun kawasan tu jauh ke hutan belukar, hujung sungai ataupun kawasan yang tak pernah aku lalu abah tetap turunkan suruh halau kambing tu. Pastu abah tinggalkan aku sorang-sorang untuk cari kambing yang lain. Berbekal sebatang kayu aku akan halau kambing tu walaupun aku tak tahu lokasi kandang kambing langsung. Tapi memang menakjubkan sebab biasanya mereka memang tahu arah kandang tu walau jaraknya sangat jauh. Lebih 45 minit jalan kaki. Kagum aku.

Tujuan aku cerita ni cuma nak bagitau, kadangkala sebagai manusia kita sering lalai dalam urusan dunia. Berterusan melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa besar. Tapi sampai satu saat kita akan sedar bila hidup kita tiada arah tujuan, bila telah hampir kepada kematian, kita akan kembali jua kepada fitrah kebaikan. Sebelum terlambat dan tidak bererti lagi kekesalan itu, mohonlah keampunan dari Allah. Allah tu maha pengampun dan maha penyayang terhadap hambaNya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Nantikan full entry majlis ni minggu depan.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Shima & Ayen, Klang

Bismillahirrahmanirrahim



Ketika entry ni ditulis ofis aku baru mendapat CEO baru. Semoga dengan kehadiran beliau akan memantapkan lagi perjalanan institusi zakat di negeri Selangor seterusnya meluaskan lagi syiar Islam ini. Semoga dengan kemahiran, ilmu dan pengalaman yang beliau miliki dapat memberikan perspektif berbeza dalam urusan pentadbiran institusi zakat.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Shima dan Ayen di Kg Idaman, Pandamaran. Shima ni merupakan budak ofis aku yang keempat yang aku shoot majlis kahwinnya, hehe. Manalah diaorang tahu aku amik gambar sebab aku tak pernah promosi langsung kat ofis ni. Aku bukan photographer ofis pun :) Aku shoot dari majlis pernikahan, malam berinai dan majlis persandingan pada esoknya. Layan sikit sekitar majlis Shima ni.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar sehinggalah majlis persandingan. Ayen yang malu-malu pada mulanya nak amik gambar pun boleh jadi periang je depan kamera, haha. Lelaki biasanya memang camtu. Kalau jenis yang tak biasa amik gambar lagilah kekok bila berada depan kamera. Aku tahulah sebab akupun camtu, haha. Jadi menjadi tugas photographer juga untuk pastikan mereka berasa selesa sepanjang sesi photography tersebut :)


Masa sesi outdoor tu aku dah survey satu lokasi baik punya kat port klang. Tapi masa nak masuk kawasan tu pada sebelah petang kena halau ngan guard plak, huhu. Orang Nepal yang jadi guard tak reti cakap melayu langsung. English pun blur je. Dalam perjalanan nak ke lokasi baru tu aku jumpa deretan pokok tepi jalan kat Highway Kesas tu. Shoot kat situ je sampai habis, hehe. Tak pasal2 kena bersihkan sampah sarap supaya tak ganggu dalam gambar :)


Kekadang lokasi outdoor ni tak perlu tempat yang terlalu sempurna. Sebab kalau lokasi tu cantik sekalipun tetapi ramai orang lalu lalang di belakang pengantin pun tidak sesuai. Pandangan mata manusia dan kamera berbeza. Kamera melihat sesuatu subjek tu secara spesifik. Photographer yang baik biasanya boleh asingkan benda yang tidak perlu dengan composition yang betul.

Untuk akhirnya, terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Shima atas layanan yang baik sepanjang 2 hari aku kat sana. Terima kasih kat Shima atas doorgift yang cantik banget, hehe. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku dari tingkatan satu dulu, Saipi yang sama-sama shoot majlis ni dengan kamera barunya, haha. Sampai jumpa lagi.



Nota kaki : Rindu nak balik kampung.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tentang Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Jakarta-Bandung dalam lawatan kerja bersama sahabat-sahabat ofis. Satu perkara yang buat aku tersentuh bila berada di sana ialah melihat bagaimana sesetengah mereka melakukan apa jua perkara bagi mendapatkan sesuap nasi untuk makan. Jurang antara yang kaya dan miskin terlalu jauh dan perbezaan tersebut sangat ketara.

Ketabahan, kecekalan dan semangat mereka mendapatkan rezeki sangat dikagumi. Seorang lelaki tua lingkungan 50an (baya bapa2 kita) yang aku jumpa hanya memperolehi sekitar RP25,000 (RM9) sehari untuk kerja berat seharian selama 12 jam membuat jambatan. Beliau datang dari jauh dan bermalam di bawah jambatan yang dibinanya semata-mata untuk menyara keluarga yang jauh di kampung. Itu belum kanak berumur 5-6 tahun yang turut bekerja untuk mendapatkan duit.

Aku ada beberapa gambar snap-shoot yang aku tak edit untuk dikongsi bersama sebagai renungan kita bersama dan membuat perbandingan dengan kita.



Cubalah bayangkan kalau Allah takdirkan dulu kita dilahirkan dalam keluarga yang dhaif dan tinggal di negara seperti itu. Bapa kita miskin, ibu kita miskin. Tak mampu nak sekolahkan kita. Tak mampu belikan kita pakaian yang cantik. Tak mampu sediakan tempat tinggal yang sempurna. Setiap kali bangun tidur tidak pasti sama ada hari ini dapat makanan ataupun tidak. Apatah lagi memikirkan tentang hidup bermewah dan membazir. Jauh sekali.

Cubalah lihat keliling kita sekarang. Nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pakaian kita, makanan kita, kenderaan kita. Berapa kali kita berterima kasih kepada Allah untuk itu? Bila kita membazir dan membuang makanan pernah tak kita terfikir ada orang lain yang tidak diberikan nikmat dan rezeki sama seperti kita. Itupun selalu rasa kekurangan berbanding orang lain. Malulah dengan Allah.

Kesimpulannya, sentiasalah beringat dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Dalam agama Islam, pendapatan/gaji kita setiap bulan bukanlah sepenuhnya milik kita. Ada HAK dan rezeki orang lain yang Allah kurniakan melalui jalan rezeki kita. Allah nak uji keimanan kita melalui rezeki harta tersebut. Zakat 2.5% satu-satunya cara yang dapat bersihkan pendapatan kita. Cubalah bayangkan orang yang miskin dan cacat itu sempurna segalanya, mungkin mereka duduk di tempat kita sekarang. Wallahua’lam.



Nota kaki : Kira hak orang lain dalam rezeki kita? KLIK SINI.

Nota kaki 2: Bulan Allah Rejab dah kembali. Kurang 2 bulan Ramadhan akan menjelang. Rasulullah paling banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain. Jom ikut Rasulullah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Hani & Zairy, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim



Waaa capek banget sih. Kesihatan aku pun tak berapa baik sekarang. Sebenarnya bagus juga kita diberikan kesakitan oleh Allah sesekali. Supaya kita lebih beringat kesalahan dan kesilapan kita yang lalu ketika jauh dari pencipta kita. Sentiasa beringat semua yang kita lakukan kat dunia ni ada timbang tara di akhirat kelak. Mungkin juga kita jadi insan yang lebih baik selepas diberikan kesakitan itu, insyaallah.

Kali ni aku nak update Majlis perkahwinan Hani dan Zairy di Putrajaya. Aku shoot diaorang dari majlis nikah, sanding sampailah outdoor. Terima kasih kepada kak siti dari pesonacoklat yang mengandam hani pada hari tersebut. Rasa segan je sebab dia kenal dan selalu follow blog aku ni. Tiba2 terasa macam artis plak, hahaha. Sebelum aku bertambah mengarut boleh layan gambar hani dulu ye.


Majlis persandingan dilakukan pada sebelah tengahari selepas selesai majlis pernikahan. Suasana kat Putrajaya pada hari tu betul2 tenang dan redup je. Kawasan tempat tinggal Hani ni memang sangat sesuai buat majlis sebab kawasannya luas dan jalannya lebar. Untung betul sapa yang tinggal kat sini, hehe. Oh ya, aku suka betul tengok baju Hani ni, cantik. Kitorang outdoor kat sekitar bangunan putrajaya je sebab hari dah lewat nak keluar jauh2 :)


Sebenarnya aku nak taruk lagi banyak gambar-gambar ni tapi macam melampau plak banyak sangat gambar:) Aku tengok ada photographer yang taruk 2-3 keping gambar je setiap pengantin, hehe. Rasa tak best pulak nak buat camtu sebab aku memang dah biasa taruk banyak gambar kat blog ni. Barulah blog gambar kahwin namanya, keke.

Untuk akhirnya, terima kasih kepada Hani sekeluarga atas layanan yang baik sepanjang berada di sana. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap saya sekiranya ada ye..:)



Nota kaki : Hampir seminggu aku bercuti dari kerja di ofis. Insyaallah aku akan reply semua email korang semua satu persatu ye bila kembali esok. Terima kasih semua atas pertanyaan. Korang memang terbaik lah.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Aku kembali semula :)

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Shima & Ayen, Klang :)



Alhamdulillah syukur, blog aku ni telah kembali semula setelah hampir seminggu down. Bukan salah aku tapi sebab hosting provider ada masalah sedikit. Jangan risau aku takkan menghilang selagi umur aku panjang, insyaallah. Kalau terlalu lama aku tak update tu mungkin korang boleh hubungi teman2 rapat aku sama ada aku masih ada ataupun tiada lagi di dunia ni :)

Walaupun banyak nak cerita hari tu tapi tiba2 dah tak rasa macam nak cerita pulak sekarang. Gambar kat atas ni aku ambil ketika outdoor pasangan Shima dan Ayen di Klang. Lokasi tempat ni di tepi jalan besar je. Masa tengah drive nak menuju lokasi outdoor tiba2 aku nampak deretan pokok tepi Highway Kesas tu dan terus shoot kat situ. Walaupun nampak macam di kawasan pendalaman tapi sebenarnya lori2 besar dan kereta lalu lalang kat tepi tu je. Diaorang asyik hon kitorang, hehe. Tu belum orang yang bakar sampah kat belakang gambar tu :)



Nota kaki : Nantikan full entry majlis ini dan majlis hani minggu depan ye. Aku mungkin tiada sampai minggu hadapan atas urusan kerja. Doakan aku selamat. Mohon maaf atas segala salah silap aku.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips pilih wedding photographer part 2

Bismillahirrahmanirrahim



Bertemu lagi kita di ruangan tips minggu ini, haha. Kali ni aku nak sambung Tips Memilih Photographer Wedding yang aku pernah tulis sebelum ni. Cuma aku nak khususkan kepada style photographer sebab ada sahabat aku minta jelaskan tentang itu lagi. Tujuan aku tulis ni supaya korang dapat sedikit idea tentang beberapa genres photography wedding yang ada kat negara kita :)

Teaser Hani & Zairy , Putrajaya :)



Sekali lagi, ini semua berdasarkan pandangan aku sahaja. Walaupun mungkin banyak kategori dan sub-kategori nak klasifikasikan tapi aku cuba jelaskan dalam lingkungan pengetahuan aku supaya korang dapat sedikit gambaran.

  1. Klasik – Sebenarnya berdasarkan pemerhatian aku tak ramai photographer wedding kat sini yang guna style ni. Biasanya angle mereka simple, pose mereka neutral dan romantik. Ada unsur ‘elegan’ dalam gambar. Tak ada ketawa berdekah2 dan gaya luar biasa. Editing mereka minimum. Mereka tak tekankan sangat persekitaran tetapi memang pandai berikan emosi dalam gambar. Banyak photographer luar negara guna style ni. Aku memang minat gila style ni sebab dekat kat hati aku :) Insyaallah aku memang ke arah itu.
  2. Photojournalism – Asalnya kategori ini tidak berkaitan dengan wedding. Tetapi ia semakin diterima bila telah meluas digunakan di seluruh dunia. Malah ada beberapa photographer Malaysia yang mendapat pengiktirafan WPJA antarabangsa. Mereka hampir tidak langsung mengarahkan pengantin untuk pose. Kebanyakkan gambarnya adalah candid dengan cerita di sebalik gambar tersebut.
  3. Photografik – Photographer genre ni memang menekankan editing dalam gambar mereka. Hampir semua gambar mereka akan edit mengikut pelbagai jenis editing yang ada. Bagi mereka yang pro biasanya gambar tersebut akan berikan impak yang lebih kuat. Tetapi boleh juga menjadi nightmare bagi yang kurang ilmu tentang perkara ini. Oleh kerana aku jenis suka warna neutral, aku tak masuk sangat dalam line ni. Aku pun tak suka kalau kaler baju aku jadi lain dari warna sebenar bila dalam gambar. Tapi semua itu personal preferences lah :)
  4. Mix – Photographer genre ni pula jenis campur2 :) Ambil sini sikit, sana sikit dan gabungkan. Ada yang suka guna lighting semasa outdoor dan ada yang tidak. Ada shoot yang ceria ada shoot yang skema. Aku rasa ramai yang masuk dalam kategori ini termasuklah aku, hehe. Sebab tu susah nak kategorikan mereka. Tetapi kalau selalu lihat gambar yang dihasilkan, tanpa disedari sebenarnya mereka juga mempunyai identiti sendiri.

Kesimpulannya cuba tanya diri sendiri suka konsep camne dalam wedding korang nanti. Baru cari photographer dalam genre tersebut. Lebih mudah kalau kita dah tahu style dan genres yang kita suka. Sebagai rules of thumb pilih yang paling dekat di hati kita dan yang penting dalam lingkungan budget kita. Perlu diingat sekali lagi photographer mempunyai teknik shoot, kemahiran editing, kreativiti, specialty serta equipment yang berbeza.

Namun sebagai orang yang bertamadun, kita kena belajar hormati hasil kerja orang lain walaupun ia tidak berkenan di hati kita. Sama seperti kita hormati pemilihan warna tema dan baju sahabat kita yang berkahwin :) Sebab tanpa sedar mungkin ramai juga yang tak suka pilihan kita walaupun kita rasa ia yang paling terbaik. Kerana cantik itu merupakan sesuatu yang subjektif. Wallahua’lam.



Nota kaki : Sebenarnya aku malu sebab hanya mampu doakan keselamatan konvoi bantuan ke Gaza yang diserang tentera Israel semalam tanpa terlibat secara langsung dengan mereka. Kematian dilaporkan seramai 9 orang. Lagi sedih bila ada yang langsung tidak ambil kisah tentang tu kat sini. Tolonglah umat Islam menentang musuh kami Ya Allah.

Nota kaki : Nantikan full entry majlis kat atas ni selepas ni :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com