Bismillahirrahmanirrahim


Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar!! Ketika aku tulis entry ni masih lagi hari Tasyrik yang diharamkan umat Islam berpuasa dan hari terakhir boleh melakukan ibadah korban. Sunat juga melantunkan takbir hingga petang ini. Ramai juga budak ofis aku yang masih bercuti raya. Mungkin sebab terperangkap dalam kesesakan semasa pulang semalam.

Alhamdulillah, tahun ni aku beraya di Banting. Abah sembelih 2 ekor lembu depan rumah aku dengan dibantu oleh jiran dan beberapa orang kampung. Memandangkan Eiduladha jatuh pada hari jumaat kebanyakkan tempat mengadakan korban pada hari Sabtu sebab takut tak sempat nak agihkan daging sebelum solat jumaat. Mudah-mudahan ibadah kita diterima Allah.

Kali ni aku nak update sesi outdoor pasangan Izar dan Linda yang mengadakan majlis bertandang mereka di Sijangkang. Sesi outdoor aku jalankan di Pulau Carey. Dah lama aku tak ke sini. Pemandangannya masih cantik cuma rumput dah tinggi dan dah ada gerai jual ikan segar untuk nelayan yang turun ke laut.


Alhamdulillah selesai sudah majlis Izar & Linda bermula dari majlis nikah hingga majlis bertandang ni. Sebenarnya perancangan awal sebelum majlis perkahwinan merupakan perkara penting yang semua pasangan harus lakukan supaya majlis yang dirancang berlangsung dengan sempurna.


Masa sesi outdoor ada sahabar pengantin yang join aku shoot ni:) Alaa, aku lupa plak namanya,hehe. Terima kasih sebab sudi temankan. Aku ucapkan tahniah sekali lagi kepada kedua pasangan ini. Semoga Allah limpahkan rahmat dan mawaddah kepada Izar & Linda dengan ikatan yang terjalin ini. Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Jumpa next entry.



Nota kaki : Ada pasangan pengantin yg tidak mahu gambar kahwinnya diletakkan di mana2 sama ada di blog & facebook selepas majlis. Aku tiada masalah tentang itu:) Walaupun aku tak tahu nak update apa kat sini nanti tapi aku memang hormati kehendak mereka. Jadi boleh hire aku kalau taknak post gambar wedding kat mana2,hehe.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
noend says:

helliew…. sapa lah pasangan pengantin tue… xpe, rasanya kalau acai buat dlm blog acai…mesti dia ok kan… pengantin tue pasti happy… cuba tanya pengantin tue… ‘_’

Acaii Jawe says:

noend – hahaha, bukan ko lah ain. Insyaallah nanti aku update ye full entry majlis ko. Aku byk kerja sikit sekarang,hehe.

ViniL says:

nice one as usual :)
lama tak komen.. hahaha

Acaii Jawe says:

Vinil – Hahaha, lamanya tak nampak:) Moga sihat2 ye,hehe. Thanks masih sudi singgah sini.

azieazah says:

Salam dindaku ESAL…
cantiknya pasangan pengantin berwarna biru yang lembut penuh romantis. Semoga rumahtangga berkekalan dalam rahmat dan diberkatiNYA.

Ya rata-rata banyak surau mula menyembelih pada hari Sabtu. Surau taman kami sembelih 7 ekor kali ini.
Sayang, tahun ini Kak Azie tak dapat tengok dari dekat macam tahun lepas (siap pegang kepala lembu). Tahun ini beraya dengan MyBonda di Jinjang…

Acaii Jawe says:

Azieazah – Salam kak zie yang dihormati dan dikasihi:) Moga akak sekeluarga sihat2 hendaknya. Ameen atas doa kak zie tu:) Waahh, banyaknya surau sampai 7 ekor kak zie. Kat tempat saya Masjid baru buat 6 ekor,hehe. Takpe kak, insyaallah tahun depan akak boleh pegang kepala lembu korban tu lagi,hihi. Terima kasih kak zie sudi singgah sini lagi ye:) Barakallah.