Bismillahirrahmanirrahim


Hari tu aku ada dengar radio BFM 89.9 dalam perjalanan balik ke rumah. Topik perbincangan ialah tentang bebanan kanak-kanak di negara kita untuk belajar seawal usia tadika. Tetamu tersebut tinggal di Jepun selama beberapa tahun dan beliau bagitau di Jepun, kanak-kanak di tadika tidak diajar tentang subjek akademik. Tetapi mereka didedahkan dengan nilai-nilai murni dan kenegaraan. Mereka hanya bermain dan diajar mengembangkan lagi otak dan cara mereka berfikir.

Tetapi di Malaysia, kanak-kanak seawal usia 4 tahun dah dipaksa belajar membaca serta mengira dengan intensif. Ia memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan zaman kanak-kanak mereka tidak menarik dan tidak membantu mereka berfikir secara kreatif. Matlamat mereka adalah gred dan jika mereka gagal mereka sebenarnya mudah putus asa dalam hidup.

Kali ni aku nak update majlis persandingan pasangan Mila dan Azrul di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang. Mila ni seorang guru kanak-kanak istimewa tau. Pekerjaan yang memerlukan kesabaran sangat tinggi. Aku kagum beliau gunakan bahasa isyarat dan berkomunikasi dengan murid beliau yang datang ke majlis ni. Layan majlis beliau sikit ye.


Majlis beliau berlangsung dengan meriah. Tapi yang paling best sebab ia dibuat secara rewang (bergotong royong) oleh penduduk kampung. Ramai sangat orang kampung datang, jauh lagi banyak dari orang yang rewang kat tempat aku di Banting. Fav aku kalau kenduri kahwin orang jawe ni ialah kuih yang dipanggil ‘lemper’. Aku tak ingat berapa banyak aku makan kat umah mila ni,hehe.

Sesi outdoor aku buat kat sekitar kampung je. Kat belah-belah sana memang takde masalah nak shoot outdoor sebab banyak lokasi menarik berbanding kat area KL ni. Cuma kalau hujan memang jenuhlah nak ngiup (berteduh) kat mana sebab banyak tempat2 lapang kat sini.


Aku nak ucapkan tahniah kepada Mila & Azrul atas ikatan sah yang terjalin ini. Moga Allah lindungi hidup korang sampai akhir hayat nanti,amin. Terima kasih kepada sahabat baik aku Ejal dan Atong yang follow dan tolong aku sepanjang 2 hari aku berada kat sana. Jasa baik korang semua takkan aku lupakan. Mohon maaf atas salah silap aku sepanjang berada kat sana :)


Nota kaki : Musim cuti sekolah dan kembali lagi! Selamat bergembira terutamanya cikgu-cikgu :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
shasha says:

sy nk dpt kn no fon…sbb nk tnya tntg harga…

Acaii Jawe says:

Shasha – Boleh hubungi saya terus ke email faisalhjrahim[at]yahoo.co.uk. Nanti sy boleh bagi no phone:) Mohon maaf tak dapat publish no phone kat sini.

ejal says:

salam kang..baru masuk keje, tu yg baru nk menjengah ni..haha..mmg ter baek la..nnt kn aku punya plak..tp aku punya banyk sebalik tabir la..hahaha….

Acaii Jawe says:

ejal – Salam ejal,wah mentang2 cuti sekolah kemain lagi ko ye ejal cuti,hehe :) Thanks ejal, nanti jangan lupa tag aku ye,keke.

Mila says:

Tq acaii. Gambar sangat cantik…really love it..

Regards,
Mila + Azrul… ^__^

Acaii Jawe says:

Mila – Waaaah pengantin dah masuk :) Terima kasih Mila. Nanti jumpa untuk bagi album pula ye.

najmi says:

Setuju2. orang-orang yg kerja dengan orang kelainan upaya ni memang memerlukan kesabaran yg tinggi. Seronok sebenarnya tengok orang Pekak berborak guna bahasa isyarat dan diorg ni antara golongan yg betul2 memanfaatkan teknologI 3G call.

Acaii Jawe says:

Najmi – Salam kang, terima kasih sudi singgah sini lagi :) Aah cakap camtu baru perasan teknologi panggilan video 3G memang betul2 manfaatkan diaorang kan. Sebab boleh berbahasa isyarat melalui telefon. Pernah nampak diaorang guna video call bercakap bahasa isyarat.

cot says:

kemas sungguh hasil…

aku shoot semalam kat kawasan baru lepas menuai…
hahaha…

Acaii Jawe says:

cot – Salam pengantin baru, eh silap silap,haha. Terima kasih cot. Waaaa best gak tu. Baru lepas tuai takpe. Jangan kalau baru tanam. Tak boleh buat apa2 langsung,hehe.

Ajey says:

cun bro…
nak follow tp ada hal plak.. x dpt balik kg.. follow lenkali plak la..
bulan 5-6 nanti kuning la tu…

Acaii Jawe says:

Ajey – Salam wak, alaa takpelah wak lgipun ko kan dah follow aku kat Shah Alam aritu,hehe. Insyaallah ada rezeki nanti boleh join sekali. Wak, anak ko dah ok lum ni?

Kerul Shukor says:

Nice acai..sawah bila menguning eh..tringin betul nak shoot kat sawah.:)

Acaii Jawe says:

Kerul – Thanks kerul. Akupun sebenarnya nak tunggu padi kuning tapi dapat yang hijau je,hehe. Diaorang ckaap ikut tempatlah kerul. Ada tempat lebih awal dari yang lain :)