Bismillahirrahmanirrahim



Malam tadi aku gi sebuah pasaraya berhampiran rumah aku. Agak terkejut bila lihat dah ada promosi iklan2 raya sekarang. Malah dah ramai orang jual kuih raya di kaki lima pasaraya tersebut. Agaknya bilalah diaorang buat kuih raya tu. Masa hari raya mungkin kita makan kuih yang dah lebih 3 bulan dibuat :)

Bagi aku tak sesuai rasanya nak cerita pasal raya sekarang mahupun datangkan mood raya. Lebih-lebih lagi bulan paling mulia hanya beberapa hari dari sekarang. Kita semua banyak dosa. Insyaallah kalau dengan azam dan usaha perbaiki diri bersungguh-sungguh Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lepas. Perbaiki juga hati dan akhlak kita yang suka lihat kesilapan dan kesalahan orang lain hingga lupa dosa dan kelemahan sendiri.

Kali ni aku update majlis perkahwinan pasangan Rahidah & Aizuddin yang diadakan di Telok Gong, Pelabuhan Klang. Majlis pernikahan diaorang diadakan kat masjid baru kat kampung tu,hehe.




Majlis persandingan diadakan di pada keesokkan harinya. Din ni memang sempoi orangnya. Tapi susah gila nak bergambar,haha. Tapi berlainan dengan Ida yang suka gila bergambar. Jadinya banyak kali gaklah Din kena marah ngan Ida suruh senyum dan amik gambar :) Majlis kat rumah Ida ni diadakan secara rewang. Paling best majlis tu ada kambing golek, hehe.

Untuk makluman Ida tak buat pelamin kat luar. Pelamin hanya disediakan untuk saudara mara dan sahabat terdekat je. Pelamin tu pun buat dalam bilik Ida yang besar untuk tujuan bergambar :)


Sesi outdoor kitorang buat kat dalam kampung tu gak. Sebab banyak gak lokasi best. Ada kebun kelapa, ada jeti dan parit2 besar :) Sapa penah kahwin mesti tahu penatnya sesi outdoor:) Camtu gak si Din yang kena paksa juga semasa outdoor, nasib tak pengsan, haha. Terima kasih kepada Ida dan Din yang berikan kerjasama yang baik sepanjang sesi tersebut.




Akhirnya, kepada yang berkahwin dah dekat Ramadhan ni kena berjaga-jaga. Maklumlah dah dekat Ramadhan ni banyak pula orang datang kat kaunter2 zakat tanya pasal ‘Kifarah puasa’, hehe. Terima kasih kepada seluruh keluarga pengantin. Terima kasih juga kepada Cot aka Khairul Hafiz yang membantu aku dalam majlis ni. Tak lama lagi dapatlah aku shoot sahabat baik aku sorang ni,hehe. Tahniah kepada Ida dan Din!!!



Nota kaki : 2-3 hari ni aku takde kat ofis. Terlibat dalam program agihan untuk fakir miskin di seluruh Selangor. Insyaallah aku cuba reply mail yang bertanya secepat mungkin.

Nota kaki 2 : Lagu kat atas ni adalah antara fav song aku. Aku suka dengar lagu2 Adele.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
Lebly says:

oh pasangan pgantin sahabat sy..
Nice shoot nice bride..
Syabas br0..

kip says:

nice series ;)

wawa says:

chelsea 1, malaysia 0.

Acaii Jawe says:

wongjowo – thanks saipi,kekeke.

wawa – haha, siap tulis lagi keputusan chelsea kat sini :)

wongjowo says:

TERBAYEK…

azieazah says:

Salam dindaku ESAL. Lama Kak Azie tak berkesempatan masuk ke sini. Bila ada masa tengok, wahhhh gambar pengantin yang sangat lawo dan jelita gitu. Selamat Pengantin Baru buat mereka.

Iklan raya dan lagu2 raya di pasaraya memang melampau kerana diwar begitu awal sdangkan Ramadhan pun belum. Mungkin tokey tu bukan Islam. Adehhh..

Sebab tu ada undang2 lagu raya hanya boleh dimainkan di radio dan tv, 10 hari sebelum Syawal.

din says:

“Din ni memang sempoi orangnya. Tapi susah gila nak bergambar,haha.” — tetibe aku plak yang terasa. hahaa..
xsabar nak tengok gambar cot plak lepas ni. tahniah cot. semoga segalanya dipermudahkan.. :)

Acaii Jawe says:

din – salam din, hehe nanti kalaulah ada rezeki amik gambar ko memang aku buli ko din,hahahaha.

azieazah – salam kak zie yang dihormati, terima kasih kak zie ye :) kadang2 diaorang niterlalu mengejar keuntungan sampai tak terfikir langsung tentang ibadah. Ultimate kegembiraan tu adalah hari raya,huhu. Tentnag undang2 main lagu raya tu memang setuju sangat :)

salam kang. :)Wah wah.
mcm artis la muka pengantin pompuan kang. Hehe. terbaik!

Apa rahsia kaler gambar ni kang.
Menarik betul la. :D hehe.

siti amin says:

‘kifarah puasa’..hehehee..outdoor memang penat,berpeluh n banyak nyamukkk..huhuhuuu..

cot..tahniah,nak dekat dah tu..hehehee

Acaii Jawe says:

Siti – Salam ti,hehe :) haa nanti tungu ye jemputan dari cot,hehehe

Taqo – Salam kang :) pengantin perempuan lawa,hehe. Alaa rahsia apa plak kang, aku tak buat apa2 pun,hehe

ejal says:

salam kang…mmg terbek..semua butang like aku dah tekan..hahaha..nasib baik masa outdoor kat bawah pokok kelapa tu x de kelapa jatuh yer..hahaha..klu x jenuh gak pengantin..

cot says:

kambing GOLEK lah…
hahahahha..
x abis² typo..

waa…memandai je ko ye..
bile mase pulak xlame lagi..
hahaha..
mekasih caii..

Acaii Jawe says:

cot – hahahaa alaa cot macam tak biasa je ko ngan aku. Tergelak betul aku bila baca kambing gelek,kekeke

ejal – salam ejal :) haha, thanks ejal. akupun sebenarnya risau gak kelapa jatuh, Kalau kat kitorang takpe, kalau kat pengantin sian diaorang,hahaha