Bismillahirrahmanirrahim



Wah rasa lama je aku tak update blog ni :) Biasalah aku sangat bizi di kantor dengan kerja2 di padang (kata melayu bagi ‘on field‘, haha). Kali ni aku nak update wedding sifu aku Kerul Shukor dan pasangannya Lisa di Temerloh. Kali kedua aku shoot kat Temerloh dalam tempoh sebulan selepas wedding Dr Sarah lepas.

Masa aku mula-mula belajar ambil gambar dulu, aku banyak belajar daripada Kerul dan selalu ikut dia shoot wedding. Memang banyak aku belajar dari dia dalam bidang ni, terima kasih sifu. Memang humble orangnya. Terkejut gak bila dia nak suruh aku shoot majlis perkahwinan dia. Rasa gemuruh je nak shoot. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Masa mula-mula sampai rumah Lisa aku rasa macam pergi kat kawasan pendalaman je, hehe. Bukan apa, kena lalu jambatan gantung yang panjang. Gayat gaklah kalau bergoyang-goyang. Dahlah sungai kat Temerloh ni besar-besar. Mau ada jerung dalam tu. Setakat Sungai Langat kat Banting tu macam parit je mengikut skala aku.


1


2


3


4


5


6


7


8


9



Satu perkara yang aku rasa tak jumpa kat tempat lain dalam majlis rewang umah Lisa ni ada ikan patin. Sebab depan rumah Lisa ni memang ada sungai besar dan bapak Lisa ada bela ikan patin dalam sangkar. Kalau kat tempat lain, orang rewang potong daging dan ayam, diaorang siang ikan patin untuk masak tempoyak :) Memang cool.

Tapi satu benda baru bagi aku ialah diaorang siang ikan patin tu hidup-hidup. Memang skill betul. Diaorang tangkap dari dalam sangkar, pastu ramai2 potong ikan tu dan terus masuk kuali. Memang segar. Oh ya, walaupun tak berkaitan aku cuma nak bagitau yang belakang rumah Lisa ni pun bapak dia bela kambing kampung. Rasa dah lama aku tak tengok kambing kampung yang ada janggut tu. Comel je. Rasa nak tarik janggut dia.

10


11

12

13

14

16

15

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

29

28

30

31

32

33

34

35

36

37

38


Sesi outdoor tu kitorang buat kat area Mentakab. Lupa aku nak bagitau, walaupun Kerul ni photographer tapi memang susah gaklah nak suruh dia pose, hahaha. Keras semacam je kalau depan kamera. Cakap orang akupun sama gak sebenarnya. Sengih ngan senyum pun tak bleh beza. Nasiblah Lisa ni menyelamatkan keadaan, hehe. Kalaulah photographer ni terer beraksi depan kamera, dah lama kitorang jadi model tau. Kalau lah..

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48




Untuk akhirnya, sepanjang aku shoot Kerul dan Lisa ni aku juga turut gembira sebab sorang lagi sahabat aku telah mendirikan rumahtangga dan menamatkan zaman bujang beliau. Sebahagian dalam agama telah disempurnakan, Alhamdulillah. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga akhir hayat, amin.

Terima kasih sahabat aku Khairul Hafiz aka Cot yang bersama aku shoot majlis selama 2 hari ni (bilalah plak dia nak kahwin ni, keke). Nanti aku update majlis bertandang pulak. Terima kasih mampir sini. Monggo mampir meneng yo :)




Nota kaki : Ini adalah auto post entry yang aku buat semalam. Aku memang betul2 bizi di kantor. Selamat hari pekerja kepada semua. Kalau nak kerja jadi ibadah, kena niat cari rezeki dan kerana Allah sebelum mulakan sebarang kerja. Insyaallah, semangat untuk bekerja pasti berbeza.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
one says:

osem… saya suka keindahannya…moge mempelai bahagia selamanya

Xora says:

suka la tgk details majlis ni! baik daripada deko, hantaran, perjalanan majlis. sungguh peka OP beliau :P tahniah kepada OP yg tak tinggal perincian majlis !

Memang best la tgk kwn2 kawin.. hehe..

zam says:

~ wahhh aku baru nak tgk, good acai penuh minat aku tgk.
~ kerul senyum mcm takut2 jerrr hahahaha;)

Acaii Jawe says:

zam – hehe, thanks zam :) itulah, kerul memang malu2 je tapi mahu sebenarnya,kekeke. Thanks zam ye follow time nikah :)

Kerul Shukor says:

hehe..mmg klakar plak muka aku brgambar kan..hahaha, btw cai..u do a great job..!!wlaupun aku keras brgambar, tp ko telah brjaya melembutkan cket2 utk aku pose..hahaha,suka tone ko..mmg rare lah..aku x sbar nak tengok belah rumah aku plak..

wak4jawa says:

ikan patin…nyam2.

lisa says:

1stly i want to say tqsm to acaii n cot sbb shoot lisa&kerul punya wedding..Sangat2 memuaskan hati dengan gambar2 ni sume..Teruja nak tengok album plak siap..Hehe..Btw good job..

Acaii Jawe says:

lisa – salam lisa, waaaa pengantin kat sini!! hehe. Terima kasih lisa atas layanan yang baik untuk kitorang berdua sepanjang berada kat sana :) terima kasih juga atas kerjasama yang baik ye lisa. Tunggu album siap nanti ek,hehe.

halil – hahahaha, teringat dulu kita beli ikan patin masa nak pi umah nana lil,keke. sampai sana makan kerbau,hehe.

Mr Fathi says:

cantik,cantik sgt…suka dgn warna ungu…sejak kang acai byk shoot pengantin pakai baju warna ungu,saya tertarik dgn warna ungu

harap2 ikan2 patin tu modal tak sampai RM13ribu…hehe

Acaii Jawe says:

cikgu siti – Salam tu,hahahahaha. Kerul memanglah camtu ti. Kalau takde kamerapun dia still malu2,hehehe :) itulah pasal ti, kena bawak banyak2 majalahlah kalau bawak orang rumh,hehe.

Mr Fathi – salam fathi, terima kasih,hehe. Ikan patin tu memang tak sampai RM13 ribu sebab banyak bela depan rumah je,ehhehehe.

Cikgu Siti says:

Masa kerul shoot saya kawen dulu amboi laaaaa macam2 dia soh buat. Gitu la gini la tapi kena tang dia haaaa amek! Ahahahah tapi kerul pandai buat pengantin senyum kot time dia shoot.

Good job acaii. Lenkali bg fiza magazine byk2 kalau dia ikut shoot. Ahahaha

cot says:

ehem²…
bukan main lagi note tu ye…
cissss…
hahahaha…
lain kan kaler bodypenuh dgn bodykerat…hahahhaa :)

Acaii Jawe says:

ejal – salam jal, thanks :) haha, betul tu jal. Manalah photographer reti pose jal. Sebab tulah diaorang duduk belakang kamera dan bukan kat depan,hehe. jarang photographer chamwhore,keke

cot – hahahhahaa, siot jelah cot. Ko jangan cakap cot sebab benda tu buat aku mimpi2 je nanti,hehehe. thanks cot sudi follow aku shoot selamat 3 hari kat temerloh ni. Insyaallah nanti kalau ko kahwin aku berkampung gak akt ganu,hehe

ejal says:

salam kang..mcm biasa semua mantep banget…hehehe..tp kan cai aku rasa mmg btl la photographer ni sebenarnya mmg x pndi posing..taunya posingkn org dan amik gmbr org jer kn…hahaha…

Sarah says:

Salam Acai.

1st of all, tahniah untuk Kerul dan Lisa. Kalau la tak pergi kenduri diorang hari tu, sampai bila2 takkan tau yanv saya dan Kerul ni sedara. Dekat pulak tu. Huhu.

2nd thing is, tentang wedding diorang ni, saya paling suka 2 benda. Goodie bags yang cute dan ada photography corner. Teruja tengok. Hehe.

Untuk Acai, macam biasalah. Gambar2 awak tak pernah mengecewakan! =)

Sarah – Salam sahabat :) itulah pasal, terkejut gak saya bila ayah awak bagitau aritu,hehehe :) Kalau jauh takpelah, ini kira dekat gaklah,hehe. Alamak, lupa nak promote photography corner tu,huhu. Nanti sy update dalam next entrylah,hehe. Terima kasih sarah :) Tak lama lagi kita berhubung lagi ye,hehe

abi hurairah says:

kaler merecik bang.. terpukau..

abi hurairah – salam sopix, morning :) thanks sifuu, sila beri tunjuk ajar ye.

yonna says:

aaaaa lawanya baju pengantin pompuan masa sanding tu!! dia pun cantik! :) sesuaiiii dgn hubby dia :))

nice pic bro! as always! :D

yonna – salam yonna :) aah pengantin dua2 ni memang gojes,hehehe. thanks yonna.