Wedding Shima & Ayen, Klang

Bismillahirrahmanirrahim



Ketika entry ni ditulis ofis aku baru mendapat CEO baru. Semoga dengan kehadiran beliau akan memantapkan lagi perjalanan institusi zakat di negeri Selangor seterusnya meluaskan lagi syiar Islam ini. Semoga dengan kemahiran, ilmu dan pengalaman yang beliau miliki dapat memberikan perspektif berbeza dalam urusan pentadbiran institusi zakat.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Shima dan Ayen di Kg Idaman, Pandamaran. Shima ni merupakan budak ofis aku yang keempat yang aku shoot majlis kahwinnya, hehe. Manalah diaorang tahu aku amik gambar sebab aku tak pernah promosi langsung kat ofis ni. Aku bukan photographer ofis pun :) Aku shoot dari majlis pernikahan, malam berinai dan majlis persandingan pada esoknya. Layan sikit sekitar majlis Shima ni.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar sehinggalah majlis persandingan. Ayen yang malu-malu pada mulanya nak amik gambar pun boleh jadi periang je depan kamera, haha. Lelaki biasanya memang camtu. Kalau jenis yang tak biasa amik gambar lagilah kekok bila berada depan kamera. Aku tahulah sebab akupun camtu, haha. Jadi menjadi tugas photographer juga untuk pastikan mereka berasa selesa sepanjang sesi photography tersebut :)


Masa sesi outdoor tu aku dah survey satu lokasi baik punya kat port klang. Tapi masa nak masuk kawasan tu pada sebelah petang kena halau ngan guard plak, huhu. Orang Nepal yang jadi guard tak reti cakap melayu langsung. English pun blur je. Dalam perjalanan nak ke lokasi baru tu aku jumpa deretan pokok tepi jalan kat Highway Kesas tu. Shoot kat situ je sampai habis, hehe. Tak pasal2 kena bersihkan sampah sarap supaya tak ganggu dalam gambar :)


Kekadang lokasi outdoor ni tak perlu tempat yang terlalu sempurna. Sebab kalau lokasi tu cantik sekalipun tetapi ramai orang lalu lalang di belakang pengantin pun tidak sesuai. Pandangan mata manusia dan kamera berbeza. Kamera melihat sesuatu subjek tu secara spesifik. Photographer yang baik biasanya boleh asingkan benda yang tidak perlu dengan composition yang betul.

Untuk akhirnya, terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Shima atas layanan yang baik sepanjang 2 hari aku kat sana. Terima kasih kat Shima atas doorgift yang cantik banget, hehe. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku dari tingkatan satu dulu, Saipi yang sama-sama shoot majlis ni dengan kamera barunya, haha. Sampai jumpa lagi.



Nota kaki : Rindu nak balik kampung.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

wong jowo – hehehe, lenkali follow aku pi ye..:)

nenek melayu – salam, waaa terima kasih sudi singgah dan bagi padangan ye. Insyaallah akan lebih alert selepas ni :) bukan apa, kekadang sy suruh buat gaya bebas dan apa2 je, pastu diaorang sendiri yang buat begitu, hehe :) jadi saya cuma snap je. Terima kasih sekali lagi ye.

salam…gambar wedding cantik..tp nak crit sket bole ek?…pose pengantin melayu tak kena kalu banyak adegan cium..peluk..sket-sket cium dahi tu manis…tapi yang lain tu tak sesuai sebab baju pun melayu..pengantin melayu…suasana pun kat tanah melayu…alahaii tak kena moodnya…

xora – salam xora, thanks xira..sbnrnya memang selalu tangkap gambar detail camni tapi tak pernah letak kat sini..:) insyaallah pasni akan taruk kat web ni banyak skit gambar-gambar camni,hehe..thanks xora atas cadangan ye.

Mr Fathi – salam bro, lama tak dengar khabar..:) thanks bro ye

sham – hehehe, boleh je bro..insyaallah ada masa nanti kita jumpa..lama tak jumpa ko..:)

din – salam din, hahahahha siot je..aku tak pernah lagi promote kat budak2 kampung :) insyaallah nanti aku sampaikan ye. semoga semua family ko pun sihat2 hendaknya din..

Suka post ni pasal Acai upload gambar details cam potpurri, bunga tangan, bunga hiasan.. kadang2 benda cam ni pengantin nak gak tgk :D

Salam cai – dak office ko musti la tau. skrg ko kan dah makin glamer.tnye je mr google budak jawe, musti name ko yg kuar 1st. hehee.. rugi kalo diaorg xamik ko sbg OP diaorg. hehehee..

blik kg nt kimslm mak bp ko cai.. smg diaorg sihat belake..

gmbr cm biase, mmg trbaik!! =)

nouva nova – salam wak, hahaahhahaa..itulah pasal..kalau senyum dalam gambar nampak cerita kan? hehe..thanks wak ye atas sokonga,ceewaahh..

hasrey – salam bro, outdoor memang di rancang cuma tempat je tak dirancang,hehehe..:) thanks bro..:)

azim – haha, siap vote lagi tu..thanks zim..:)

sham – kekeke, alaaa biasalah tu baru mula2 belajar. Aku kat hq lah shah alam. Kalau bulan ramadhan baru aku ada kat kajang sana..:)

kerul – salam kerul, hahahahha, siot je..aku lum cukup fuluslah..sekarang tak sesuai nak tukar sebab tiap2 minggu kena amik gambar..tak sempat nak jual barang2 aku,kekeke

Salam acai,

Huh, kire outdoor yg x d rancang la ni yerk. Fuhh, salute on the dot trus shoot, Lawa lak tuh! Salute la bro!`~

Cantik!! cantik!! mane2 shoot pun cantik.. yang penting cara gambar diambil and moment yang diwujudkan. Rasa nak shoot sekali lagi jer… bila dah tgk cd kawin aritu baru tau nape acaii asyik suh senyuuummmm..haha.. rugi tak over aritu…hehe.. next timela anniversary yang ke mmmm????

sham – hehe bolehlah sham :) kalau free boleh je jumpa. Kamera tu dah ok sangat tu..:)

SiHenoney – Salam sis..:) hahahahah, dah tanya mak sis tu :) boleh je sis, bleh rasa masakan mak sis lagi pasni,hihi..rasa nak pi penang lagi je,hehe..

Vinil – salam bro, yang outdoor tu banyak pakai tele bro..:) 80-200 je..

wahh… cantik outdoor.. dari gambar 16-20 abam acai pakai lens pe tuh? tele ke? sharp bangat..

salam cai,

huhuhu.muncul lagi cai.mak sis tanya tadi bila sis kawen sapa nak amik gambaq,sis cakap ntahlah mak ramai sgt kawan2 amik gambaq.terus mak cakap :soh acaii ja yg amik~hehehehe.dgq ye cai.nanti sis dah ada calon,kena la tempah acaii cepat2 …

aku igt mau blajar ngan ko la…. aku baru berjinak dgn d90… gambo mcm ampess…. kena mintak tunjuk ajar dgn sifu ler

sham – salam sham, hish, tak mampu lagi aku nak pakai body d300 tu,hehe..:) aku pakai D80 ngan D90 je..lens je aku pakai banyak lens sham..

asrar fiza – hahahahha, patah pinggang dia cakap,hehee

sian dia…:)
jomlah kita balik kampung bang….

sian gak kat bro awe, xpasal2 kena angkat abg, hehehhe

awe – salam awe, hahahahahha, siot je ko awe..:) aku belum pernah shoot lagi tu, kalau ada aku orait je awek,ekekke..:) haha, itulah pasal, aku kena keruskan badan lagi nak bagi fit, hehehe..sian ko kena angkat aku aritu, thanks awe..:)

sil – salam sil, waaaaa ngape si jalan kaki kat highway tu?huhu..itulah pasal, memang pantang tengok pokok2 ni sbnrnya,hehehe..:) alaaa, kampungnye kan dekat je,hehe

x sangka ini gambar tepi highway kesas. saya pernah jalan kaki dari tepi highway tu sampai lepas kg. johan setia. kalau acaii x state mesti ramai x perasan lokasi ni tepi jalan. indah.

p/s : rindu nak balik kampung gak. haih.

Aku tahu kawan2 tahu macammana ko terer ambik gambar…hee..hee

kan pamplet barakah mawaddah dah diedar seluruh selangor…lepas ni makin terkenal lah sahabat aku nih…kalu aku tak kawin lagi pun aku hire ko caiii…ada ke org contact ko ambik gambar kawin bini no 2 caii…kalu ada lagi meletop la…agaknya…

Mmg best ikut ko ambik gambar…tapi ko mmg dah berat la sekarang nih mujur aku kuat lagi hee..hee…nak tunggu gmbr masjid besi plak…

Si Honey – Salam sis, terima kasih sis. Alaaa sis ni, janganlah camkap camtu, segan acai, haha :) sis pun semakin bagus sekarang ni. Tak lama lagi mesti boleh kalahkan acai amik gambar ni..:)

cot – thanks cot. tu hasil bantuan asap orang yang bakar sampah kat belakang tu, hehehe..:) selamat bekerja cot, keke

sifoooo….
jeles betullah tgk gmbr sifoo ni…
bile nk ajar ni sifooo….
kekekekkeke
gmbr last tu mmg best lah…
kipidap…

salam cai…

bestnya tgk gambaq cai ni.lokasi yang tak disangka tapi hasil dari jurugambar yang baik akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa :)

sis pun dah beberapa orang budak opis yang sis shoot :),maybe sbb mereka dah kenal dgn kita so tak segan sgt kan cai.

cai,sis nak cakap cai mmg terbaik :)

Kak Masy – hahaha, thansk kak. Ni memang kampung idaman kat pandamaran tu lah. Yang ada banglo arwah dato’ Z tu,hehe..besar gila rumah dia..:)

mcm biasa dgr Kg Idaman ni.. kat Pandamaran ke acaii?

cantek cantek cam biasa.. rasanya akak paling suke pic cincin dgn yg bawahnye tu kot.. eh.. ntahlah… suke sume hehe