Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Jakarta-Bandung dalam lawatan kerja bersama sahabat-sahabat ofis. Satu perkara yang buat aku tersentuh bila berada di sana ialah melihat bagaimana sesetengah mereka melakukan apa jua perkara bagi mendapatkan sesuap nasi untuk makan. Jurang antara yang kaya dan miskin terlalu jauh dan perbezaan tersebut sangat ketara.

Ketabahan, kecekalan dan semangat mereka mendapatkan rezeki sangat dikagumi. Seorang lelaki tua lingkungan 50an (baya bapa2 kita) yang aku jumpa hanya memperolehi sekitar RP25,000 (RM9) sehari untuk kerja berat seharian selama 12 jam membuat jambatan. Beliau datang dari jauh dan bermalam di bawah jambatan yang dibinanya semata-mata untuk menyara keluarga yang jauh di kampung. Itu belum kanak berumur 5-6 tahun yang turut bekerja untuk mendapatkan duit.

Aku ada beberapa gambar snap-shoot yang aku tak edit untuk dikongsi bersama sebagai renungan kita bersama dan membuat perbandingan dengan kita.



Cubalah bayangkan kalau Allah takdirkan dulu kita dilahirkan dalam keluarga yang dhaif dan tinggal di negara seperti itu. Bapa kita miskin, ibu kita miskin. Tak mampu nak sekolahkan kita. Tak mampu belikan kita pakaian yang cantik. Tak mampu sediakan tempat tinggal yang sempurna. Setiap kali bangun tidur tidak pasti sama ada hari ini dapat makanan ataupun tidak. Apatah lagi memikirkan tentang hidup bermewah dan membazir. Jauh sekali.

Cubalah lihat keliling kita sekarang. Nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pakaian kita, makanan kita, kenderaan kita. Berapa kali kita berterima kasih kepada Allah untuk itu? Bila kita membazir dan membuang makanan pernah tak kita terfikir ada orang lain yang tidak diberikan nikmat dan rezeki sama seperti kita. Itupun selalu rasa kekurangan berbanding orang lain. Malulah dengan Allah.

Kesimpulannya, sentiasalah beringat dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Dalam agama Islam, pendapatan/gaji kita setiap bulan bukanlah sepenuhnya milik kita. Ada HAK dan rezeki orang lain yang Allah kurniakan melalui jalan rezeki kita. Allah nak uji keimanan kita melalui rezeki harta tersebut. Zakat 2.5% satu-satunya cara yang dapat bersihkan pendapatan kita. Cubalah bayangkan orang yang miskin dan cacat itu sempurna segalanya, mungkin mereka duduk di tempat kita sekarang. Wallahua’lam.



Nota kaki : Kira hak orang lain dalam rezeki kita? KLIK SINI.

Nota kaki 2: Bulan Allah Rejab dah kembali. Kurang 2 bulan Ramadhan akan menjelang. Rasulullah paling banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain. Jom ikut Rasulullah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

hazreen rashid – salam bro, terima kasih. Semoga kita sama2 dapat pengajaran darinya, amin.

amor_mie- salam kak, yaa itlah sepatutnya..:)

hurin – salam hurin, terima kasih sudi singgah sini ye. Amin atas doa yang awak bacakan tu. Bersyukur dengan nikmat Allah ni.

hurin says:

salam, acai…mengalir air mata tgk gambar2 dlm ni.

Yang Maha Pengasih, permudahkanlah urusan kehidupan mereka sampai mereka bertemuMu nanti :(

amor_mie says:

insaf…..bersyukurla jd anak malaysia…

salam bro.

tazkirah yang sangat best.

jazakallahukhairon kathira kerana sudi berkongsi.

faisal admar – salam bro, aku gi indonesia minggu lepas bro..:) pape email aku sal sebab no aku ada problem buat masa ni,huhu.

ana – salam ana, terima kasih sudi singgah dan beri pendapat ye :) saya hargai sesangat. Memang betullah apa yang diperkatakan sebab masih ramai yang tak tahu tentang kesusahan orang lain walaupun dekat ngan kita.

Cuma dengan mengingatkan seperti ini dapat beri kesedaran kepada mereka sekurang-kurangnya. Kita memang tak mampu nak suruh semua orang rasa camtu sebab mungkin cara hidupnya mereka berbeza. Kalau dapat buatkan mereka bersyukur dengan nikmat yang mereka miliki itu juga lebih baik dari tidak berbuat apa2.

Pengalaman bekerja dalam institusi zakat dan terlibat secara langsung dalam urusan agihan juga banyak beri pengajaran dan pembelajaran kepada saya.

Perbezaan kemiskinan antara negara mereka dengan kita ketara. Walaupun ada yang terlepas pandang kita mempunyai kemudahan lebih baik, sistem pendidikan tersusun, kemampuan negara yang lebih baik dan sebagainya. Usaha untuk membantu mereka jauh lebih sistematik dan tersusun. Malah saya tidak ragu2 mengatakan kadangkala masalah kemiskinan di negara kita adalah disebabkan masalah sikap seperti malas, terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan dan sebagainya. Walaupun bukanlah semuanya begitu. Memang ada statistik yang menunjukkan perkara itu secara jelas.

Berapa lama duit boleh bertahan kalau kita bantu mereka secara terus menerus. Lebih2 lagi kepada yang sempurna akal dan kemampuan fizikal.

Di LZS sendiri sbnrnya cuba mengurangkan bantuan berbentuk ‘ikan’ tersebut. Tetapi cuba ‘memberikan pancing’ kepada mereka untuk mendapatkan ‘ikan’ tersebut sendiri. Seperti berikan mereka pendidikan, berikan mereka peluang untuk berniaga, peluang mereka bekerja, berikan mereka kemahiran dalam pelbagai segi dan sebagainya. Supaya mereka boleh berdikari sendiri. Semua ini sesuai kepada yang sihat fizikal dan mental. Inilah yang perlu diterap dalam fikiran kita.

Setakat ini, dah ramai asnaf zakat di negeri selangor yang diberikan peluang seperti itu telah berjaya keluar dari asnaf dan menjadi pembayar zakat pula. Benda camni masih tiada di negara mereka lagi. Wallahua’lam

ana says:

pernah ada antara kita perasan atau tak.ada kanak2 diskolah tersnyum riang bersama teman tp sbnrnye mereka x mkn kerna x ada lauk dirumah.pernah kita terfikr mereka ke skolh hnya pkai 1 bju skolh je sbb 2 je yg mereka ada.bkn di indonesia saja malh diafrika n mane2 negara punya maslh kemiskinan.maaf andai kata2 sy selepas ni agak pedas.kita sbnrnya dlm masyrkt lbh bnyk yg kata iyelh kasihan mereka,bersyukurnye kita x mcm 2.stkt 2 saje.bntuan tidak dihulur.lepas masuk bersamamu bru ramai nk bg bntuan.susah ke utk kita turun ke kg2 sndiri liht jika ada yg perlu pertolongan?paling tidk yg hmpir ngan rumah kita.masyarakt lbh suka menghukum.bila ada jirn tetangga mahu utng x dibri.sy bljr dari pengalman silam sy.ubhlah mentaliti kita wahai masyarakt.jgn kita tahu berckp tp jauh dari peqbuatn.memberi ingt sesama manusia.

ana says:

dimalaysia sndiri ada golong seperti itu.mereka yg terlalu asyik ngan hal sndiri n x tau ape dikeliling pasti ada yg x tahu dimalaysia ramai lg hdup dlm kemiskinan

faisal admar says:

acai bila pi indonesia ni?

p/s: pakai number lama lg ke? aku sms tak reply pun. member aku nak book utk wedding

Hamizul – Salam ustaz, sangat betul tu ustaz bumi mereka kaya dengan anugerah Allah terutamanya tanah yang subur. Selain miss manage ia juga disebabkan jumlah penduduk yang terlalu ramai. Aritu diberitahu penduduk di Jakarta je dah mencapai 13 juta. Dekat separuh penduduk di negara kita..:)

Hamizul says:

Faisal, Indonesia sebenarnya bumi kaya anugerah Allah. Rakyatnya sendiri akui itu. Sayangnya…miss manage di kalangan atasan, akibatnya rakyat bawahan yang menanggung akibatnya…

nouva nova – salam ibu nouva nova (peliknya nama, haha). Betul tu disamping berusaha memperbaiki hidup kita, kita juga kena bersyukur dengan apa yang kita miliki. Supaya tak cuba menongkat langit nak memiliki segala2nya..:) jutawan memang kena serbu tapi duit dah tak ada masa tu,hahaha..:)

Nono – Salam nono, bestnya cerita ngan nenek :) mesti banyak pengalaman kalau dia berceritakan? Betul tu jangan membazir dan hargai apa yang kita miliki :) Thanks nono bagi pendapat ye

atong – betul tu tong..kalau nak mendaki dari bawah ke atas tu memang susah. Tapi bila dah berada kat atas tu sekelip mata je boleh jatuh..

din – salam din..:) betul tu din, kena sentiasa bersyukur dengan segala yang kita miliki. Tapi bukan senang sebab nafsu kita terlalu besar untuk dipenuhi sebenarnya.

Nono says:

Baru sebentar tadi org and nenek bercerita cerita tentang kesusahan orang yang hdup kat Indonesia tu. Jadi kita kena bersyukur dgn apa yang kita ada and jangan membazir. Entri nie ada peringatan yang best. Well done.

nouva nova says:

Salam bapak acai…
waduh waduh kasyian melihatnya… Berapa beruntungnya kita hidup kat dunia ni kalau kita bandingkan org yang lebih susah dari kita. Itulah sebabnya konsep bersyukur dan berusaha itu penting… So para jutawan aritu ramaila yang kene serbu???

din says:

Salam
kabare cai? waa.. sayu je cai rsenye. betapa susahnya mncari rezeki di sana. syukor Alhamdulillah ats segala limpah rhmatnya.. *mohon d sharing yaa.. =)

atong says:

betul caii sekarang klu tuhan nak tunjuk cash jer caii.tngk lar banyak giler bencana alam yg berlaku kat dunia nie..cuma kita jer masih lalai mengejar kedunian..

atong – salam atong, thanks tong..itulah tujuannya. Supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Rezeki Allah bila2 masa je boleh ditarik balik.

atong says:

salam
caii lahir rasa keinsafan lar caii lepas baca blog ko nie.rasa beruntungnya kita nie hidup kan bumi malaysia yg aman damai…

syafirol – Salam bro piiown, betul tu bro. Kalau kita tengok di gambar atau TV impaknya berbeza kalau kita lihat secara langsung depan mata kita. Memang kita disunatkan berjalan dimuka bumi untuk melihat kebesaran Allah.

sil – salam sil..kalaulah ibu bapa kita camtu mungkin kita tiada kat depan PC sekarang ni. Mungkin kitapun bersusah payah kerja membanting tulang untuk mendapatkan rezeki. Ooo abg rudy kan orang kampung saya gak,hehe..:)

azim – salam bro, alhamdulillah syukur dengan apa yang kita ada. Rasanya tu pelancong sebab dia bawa beg dan turun dari bas persiaran tu..:) tapi memang macam2 perkara yang tidak terjangka kat sana. Memang menginsafkan kalau kita mahu melihat dan berfikir.

Mr Fathi – Salam bro, memang jauh sangat jurang tersebut. Golongan pertengahan sangat kurang kat sana. Kerajaan mereka tak mampu nak kawal benda tu sebab jumlah penduduk yang terlalu ramai dan kemampuan negara yang terhad. Bersyukur hidup di Malaysia.

ayam – salam, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di sini ye :) semoga kita ambil pengajaran dan peringatan dari kesusahan orang lain tersebut.

sil says:

Insaf. Hampir menitik airmata saya baca dan tengok gambar2 ni. Bayangkan kalau ibu atau ayah atau kita sendiri ada kat tempat diorang. Syukur sangat2. Berhempas pulas demi sesuap nasi buat makanan harini. Sedihnya. Empati pulak. Oh ya, cerita begini pun selalu saya baca kat blog Rudy. Sama-sama menginsafkan.

syafirol says:

itulah Allah pernah berpesan di dalam Al Quran supaya kita jauh berjalan2 di muka bumi ciptaannya terutama di tempat yg pernah menerima balasan bala dari-NYA. Supaya kita sedar, bersyukur, menginsafi dan belajar.

azim says:

slm. syukur dgn apa yg kita ada..

gmbr no.7 tu mcm ada 2 cerita, sama ada lelaki tu pelancong atau lelaki tu bapak budak2 tu.. kalau lelaki tu bapak budak2 tu, mmg lelaki yg x bertanggunjwb, dia sedap hisap rokok, anak bini disuruhnya minta sedekah.. dia collect duit je.. :)

ayam says:

salam acai,

thanks sebab berkongsi. isk, tersebak jiwa aku.. kurang syukur dgn apa yg ada, always nak lagi dan lagi dan lagi.

may Allah reward u for this reminder. jazakallahu khair!

Mr Fathi says:

jauh giler bezanya dgn Malaysia…sgt jauh…kaya tu,kaya nk mampus!!!naik Merc,hidup sosiolita,pakaian mahal…yg miskin,miskin2 sgt…jadi pemain gitar,minta sedekah,jual rojak,bakso tepi jalan…huhhh sgt berbeza..

Malaysia negara bertuah…

kak masy – salam kak, itulah yang sebaiknya kak masy..:) bersyukur sebelum nikmat tersebut ditarik balik dari segala macam cara sama ada bencana, rezeki dll.

Masy says:

mmg betul klu kita tgk, sedih rasanye. sbb tu la dorg berbondong2 dtg ke mesia (tp yg dtg tu buat perangai plk grrr)

apa yg kita ada ni, bersyukurlah. jgn sampai ditarik nanti, masa tu tak guna nk kesal. uhhuuhuhuh