Bismillahirramanirrahim



Sebenarnya hati aku sangat tersentuh melihat gambar seorang ibu yang melawat anaknya yang dituduh membunuh baru-baru ini. Benarlah kata orang “Kasih ibu sepanjang jalan, tak terkira sepanjang masa, hanya memberi dan tanpa harapkan balasan..” Sembilan bulan bukanlah tempoh yang singkat mengandungkan seorang anak. Kemudian berjuang melahirkannya dengan susah payah dan kesakitan. Selepas itu membesarkannya dengan bermacam dugaan hidup dan serba kekurangan.

Mana mungkin seorang ibu lupa semua itu. Bila kita kesedihan ibulah yang kita cari dulu. Semasa kecil bila kita merajuk, ibulah yang memujuk. Bila kita demam ibulah yang suapkan ubat dimulut kita dan jaga sampai kita sihat. Ibu juga lah yang masakkan makanan kegemaran kita bila kita teringin. Bila kita berjaya dalam pelajaran ibu menangis kegembiraan untuk kita. Ibu juga sentiasa doakan kejayaan kita dalam hidup setiap kali selesai solat-solatnya.

Gambar seorang ibu yang sempat aku shoot semasa majlis kahwin haritu.


Tapi sayangnya bila mereka dah dimamah usia dan cepat letih, bila rambut putih dah memenuhi kepala, bila kulit semakin berkedut, bila dah selalu mengadu tidak sihat dan bila dah takde teman untuk berbicara kadangkala kita tidak ambil peduli langsung tentang hidup mereka. Kita selalu lupa nak bertanya khabar mereka. Jauh sekali nak doakan kesihatan mereka. Kadangkala kita terlalu leka menguruskan hidup kita, keluarga kita dan harta kita.

Namun ramai ibu sebolehnya taknak menyusahkan anak2nya. Dia tetap bekorban untuk hidup dalam susah payah semata-mata taknak mengganggu hidup anaknya. Sampailah usia dah terlalu tua, bila tiada kudrat untuk bergerak dan selalu kesakitan barulah menagih simpati anak-anak untuk membantu. Mahu merasa pula kasih sayang anak-anak. Hanya untuk beberapa tahun sebelum meninggalkan dunia ni. Tetapi sayang anak-anaknya masih terlalu berkira untuk menjaga maupun mengeluarkan belanja ubat untuknya :'( Malah selalu kena tengking dan kena marah oleh anak2nya.

Hinggalah sampai akhir hayatnya, bila ibu dah tidak bernafas lagi barulah kita rindukan senyuman ibu, ketawa ibu, rindukan leteren ibu, rindukan masakan ibu, rindu wajah ibu dan rindukan segala-galanya tentang ibu. Masa tu barulah kita sedar kita langsung tak termampu pun nak balas segala jasa ibu sejak dari melahirkan hinggalah besarkan kita. Ketika itu, walau kita mampu bagi harta yang banyak kepada ibupun sudah tidak bererti apa2 lagi kerana ibu dah pergi selama-lamanya. Jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup ni. Wallahua’lam.



Nota kaki : Maaflah aku melalut pagi2 ni. Entry majlis kat serting tu nanti aku upload minggu depan ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments
kak qaseh says:

tetiba ingt kat mama akk le….
harap dapat jaga dia sampai akhir hayatnya…..

org kata biarpon sakit…bila dia ade..kita tau dia ade…bila dia dah x de..sunyiiiiinya hidup….

ila nursalida – salm ila, huhu..memang sedihkan kalau dikenang2..memang anak tak mengenang jasa betullah,huhu..moga kita semua tak jadi camtu nanti,amin..

NaN0 – waaaaaa nano, lamanya tak dengar khabar..:) moga sihat2 ye..:) thanks nano sudi singgah sini ye..

atong – betul tu atong..kekadang luaran tu belum membuktikan mereka tu orang yang baik di dalam juga..:) aku setuju ngan ko atong!!

atong says:

caii dia bukan pasal kopiah jadi ukuran utk kita jadi mcm tue.ada gak org pakai kopiah tapi perangai pun tak baper nak ok.kengkadang apa yg kita ckp kat org tue sambil utk ingatkan diri kita sendiri caii.apepun utamakan lah keluarga walupun kita dah ada keluarga sendiri..

Nan0 says:

Sebak.
Tenxs acai utk peringatan itu.
:-)
P/s: lama xjenguk cni,;-)

same plak enri kite pasal ibu.sama cam topik pagi kat hotfm tadik. sama ngan berita pasal anak pompuan tak ngaku mak die yg dtg dari jauh kat paper kosmo n utusan…sedih kan…

apsal or skarang jadi camni hah? nak kata generasi muda, diorang yg buat tu generasi yg tua sikit drpd kite. ape masalah derang hah? mental kot….

Maliah – salam lia, awk benar2 beruntung sebab dapat stepmum yang sangat baik..:) al-fatihah untuk semua ibu2 yang telah meninggalkan kita semua..lia, masa sy shoot mak tok tu dah rasa semacam je sebab ramai anak2 dia yang masih concern kepadanya..:) untung dia..

Kak Azieazah – salam kak zie, terima kasih bebanyak kak zie ye..betul tu, kalau berjauhan hanya iringan doa yang dapat kita kirimkan kepada mereka semoga mereka sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat darinya,amin..thanks kak zie..:)

fathiyyah – salam thia, waaa sempat lagi tu ek tinggalkan komen nak peksa,hihi..good luck untuk exam sok thia ye :) buat yang terbaik..orait, nanti sy reply mail tu..thanks..

atong – atong, masa ko tulis ni aku terbayang ko pakai kopiah tong,hahaha..:) tapi betullah apa ko cakap, keluarga sbnrnya lebih penting dari kerjaya..kerjaya tu hanya untuk menyara hidup supaya dapat hidup berkeluaga dengan baik dan selesa..bukan jadi perkara utama dalam hidup..

airizz – salam aida, betul tu..tak dapatlah bayangkan kalau hidup tanpa mereka..rasa macam nak mati dulu je,huhuh..

kerul – salam kerul, ko buat aku sedihlah kerul..al-fatihah untuk arwah mak ko..semoga beliau tenang di sana..sorry buat ko sedih ye,huhu..

herni – aahkan memang bengong orang yang selalu sakitkan hati mak bapak..padahal mak ngan abah mereka sayangkan diaorang,huh

amie – salam bro, lama tak dengar khabar..:) thanks sudi singgah sini dan tinggal komen ye..:)

irengmanis- salam awk..:)alahai, sedihnya..sypun dulu besar ngan nenek gak tau..tahu juga camne rasanya bila mereka tiada..semoga kita dapat jadi seorang anak yang baik yang ingat mak bapak even mereka dah tua..:) terima kasih atas perkongsian lirik lagu tu..sy dah cari lagu tu dan dengar..memang sangat best..thanks ye..

azim – samalah!!! i love my mak jugak :)

din – salam din, lama tak nampak..:) moga waras2 je din ye..maksud aku, kan ni blog cerita pasal kahwin2, tiba2 aku cerita pasal mak pulak,hehe..:) akupun harap kita dijauhkan dari perkara2 camtu..benda tu macam tak ingat nak mati je kan din,huhuhu..

azilamohd – salam kak azila, alahai sedihnya saya baca akk cakap camni :'(

fathiyyah says:

salam bro

sedihnya entry kali ni. esok nak exam, terus2 ingat kat mak. rs takut nk exam smpai rs nk peluk2 emak. huhu

p.s: sy ada hantar emel tertunggak. ingat lagi ttg eksperimen tu? :D

Kak Azieazah says:

Salam dindaku ESAL,

Syukur dan beruntunglah sesiapa yang berpeluang menjaga ibu mereka sentiasa, apalagi di hujung usia..

namun bukan semua orang berpeluang begitu. Jarak yg jauh, hanya doa tidak putus-putus dengan harapan suatu hari nanti kita berpeluang juga menjaganya..

Kak Azie suka gambar ni ESAL. Gambar yang sungguh ikhlas…

Maliah says:

pic tu Pak Man sedang suap Mak Tok makan. Untung Mak Tok kan Acai..

Awak dh tgk kan cam ner ank2 Mak Tok mengaja Mak Tok so nice kan. so syukurr… amin.

Maliah says:

salam acai….

yup betui apa yg awk ckp tu hargai lah pergorbanan ibu selagi mereka masih hidup.

saya my real mother dh x da but syukur alhamdulilah ada
stepmother for us kongsi hidup…amin.

p/s. Al-Fatihah buat semua ibu2 yg telah tiada…

kerul shukor says:

x mampu aku nak baca sampai abis cai..ckup baca yg atas² je..stiap kali kalo ada crita mengisahkan pasal ibu ni..aku jadi sensetif..btw, gud entry cai..kasihlah mereka sementara mereka masih ada lagi.

p/s:al-fatihah buat ibuku.

airizz says:

salam acai.. ibu sukar dicari ganti.. saya tiap2 hari doa minta dipanjangkan umur dan disihatkan tubuh badan utk mak dan ayah saya. Sebab saya tak tau mcm mana nak menghadapi hidup saat mereka tiada nanti.. hrrmm…

atong says:

caiii kejer2 gak caii topi kluarga tetap no 1 caii.aku tau lar ko ngah bnyk job.ngah murah rezeki,tue berkat doa mak bapak gak caii…hehee.alim pulak aku nie.
*baru aku reti okeh jugak wong jowo seng ngelayan comen mu kie caii,,orep jowo,,

SisHoney says:

salam pagi jumaat yang indah,

indah hari jumaat ni lebih beeerti dengan entri yang sgt indah cai.thanks atas perkongsian cai.sesungguhnya xkan ada apa yg mampu leh lawan segala2 tentang ibu.dan sekiranya kita jadi ibu kelak,kita sendiri tak mampu menjadi sehebat ibu kita masing-masing.sungguh,seorang ibu mmg sll nak ebrbual dgn anak2.sis baru balik dari training cai.seminggu sis kat luar.semalam balik.mcm2 mak nak share dgn sis cai.mst mak rindu dan xdak teman nak luah masa sis xde :(.ni lepas ni outstation lagi seminggu.huhuhu.sian mak.dan sis suka bila cai ckp cai simpan camera kat umah.itu salah satu cara nak pastikan kita mst balik ke rumah ibu masing2.i do salute u my friend :).

p/s:sampaikan salam sis pada fiza ye.rindu nak usik dia.sejak busy dan xdak facebook ni mmg dah lost ctc dgn ramai org..

irengmanis says:

“Hinggalah sampai akhir hayatnya, bila ibu dah tidak bernafas lagi barulah kita rindukan senyuman ibu, ketawa ibu, rindukan leteren ibu, rindukan masakan ibu, rindu wajah ibu dan rindukan segala-galanya tentang ibu”

adey acaii… pagi2 dah buat orang merah mate laa.. sedey nye.. saya rindu kt arwah nenek sy yg sy pgil emak sbb dia yg besarkan saya… stiap kali teringt dia, mesti perit je kerongkong nie kan… mata berkace2… jap nk bagi satu lyric lagu kump Saujana.. sesuai untuk post ibu kali nie…

SENDIRI…
Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do’a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.

amie says:

pilu…
hope kite sume x lupe mak kite…
gud job acai…

herni says:

dgr gak isu tu kt radio pg td..tersedu2 gak ler :)

azilamohd says:

pilunya hati….rindu nak sebut perkataan “MAK”……

din says:

Salam cai – tang notakaki kau tu ak xle terima. bukan melalut tp perkongsian yg cukup brmkna bg ak. ni mmbuatkan sape yg bace ni teringt kat parent diaorg trmsuk ak. mmg sedey bile bce berita cm tu dan minta2 kite dijauhkn jd cm tu. ak rs org yg jd cm tu da di luar kewarasan gaknyee.. time kasih ats perkongsian ni cai, mari la sm2 hargai mereka ngn sebaik2nya.. =)

azim says:

i love my mak.. forever!!

Mr Fathi – Salam bro, heheh..kuielah..wes kangen arek balik ngumah kie,hehe..:) thanks bro ye..

yonna – salam yonna, itulah pasal..kekadang kita yang kat luar ni mmg tak faham tindakan ibunya tu..itulah kasih ibu yang melepasi apa jua batasan pemikiran..tu lah yonna, orang sekarang lebih byk fikirkan diri sendiri dan kurang penting menjaga ibu bapa,huhu..

yonna says:

pasal kes kejadian pembunuhan ngeri tu, yonna sendiri cakap kat diri sendiri,

“baiknya mak dia maafkan anak dia.kalau aku (*&^%&$#@!…”

bezanya pemikiran seorang anak dan ibu dan bila baca ni T_______T, mmg lah kasih ibu tak bersempadan. anak dia buatlah jahat mcm mana sekalipun, dia ttp redha. mulianya hati ibu. mungkin kita betul2 akan rasa perasaan tu once kita jadi ibu. baru sedar jerit perih dia mcm mana T__T

lagi 1,kes yg anak dia tinggal ayah kat hosp time ayah dia nak hemodialisis (betul ke eja ni)T_________T pergh. kejam nak mati.kesian gila tgk muka ayah dia terkebil kebil kat hosp tunggu anak dia.

*tears*

ejal – salam jal..:) itulah pasal..macam2lah sekarang ni..complete siap bunuh bapak, atuk nenekpun ada gak,huhu..moga kita semua dia jauhkan dari tu semua..alaa, baliklah kampung jal,hehe

Kak Masy – hehe, dah lama tak balik kampung kak..weekend ni baru balik,hehe..

Atong – salam tong..:) thanks tong..yup, sayangilah ibu dan bapa kita sementara mereka ada lagi ni..

Mr Fathi says:

maybe koe wes suwi orak ketemu mak koe…dino setu or ngahad iki,lungo la ngomah mak…mesti mak kangen karo koe lan bojo koe…

harap2 dijauhkan sumer ni…insyaallah

atong says:

salam..
peh tangkap leleh meresap sampai kat hati.tapi tak tau ler klu org yg tak der perasaan mesti dia wat tak tau jer..apun sayangilah ibu bapa dan keluarga keta

Masy says:

acai ni mesti da lama x jmpe mak dia ni huhuuhuhu

ejal@jai says:

sambil baca entri ko ni sambil dgr lagu untukmu ibu plak..ish,shahdu betul rasanya..pagi2 hari plak..terus teringt mak aku kat kampung..

ejal@jai says:

Salam wak acai..aku pun tersentuh sungguh bile baca citer2 pasal ank yang tak kenang jasa ibu ayah..klu dulu biasa dgr ibu buang bayi tp skrg dah jadi terbalik anak pulak yang sanggup buang ibu dan ayah..dunia nak kiamat agaknya…Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari semua tu..insyaallah..