Risiko Outdoor di pantai :)

Bismillahirramanirrahim


Teaser shoot majlis kat Banting :)


Akhirnya setelah setahun aku amik gambar wedding ni baru kali pertama ni dapat shoot kat tepi pantai. Alhamdulillah tercapai juga hajat, ceewaah. Cuma sebenarnya ramai client tak sedar risiko yang dihadapi oleh photographer bila shoot kat tepi pantai ni. Aku dah jumpa beberapa photographer yang terpaksa servis body kamera dan lens selepas shoot kat tepi pantai :)

Kalau nak tahu bila angin bertiup kat tepi pantai, ia bawa sekali pasir halus di udara. Tu yang kekadang kita rasa muka kita melekit bila duduk lama2 kat tepi pantai. Pasir tu sangat bahaya kepada lens dan body kamera. Bila pasir tu masuk kat celah2 ring lens, lens tu dah tak boleh zoom sebab pasir tu sebabkan lens stuck even kita tak nampakpun pasir halus tu :)

Tu kalau pasir, kalau air laut lagilah boleh buat photographer pengsan terus, haha. Nantikan full entry majlis Lia & Farid ni ye. Weekend ni aku shoot kat Penang plak. Bolehlah jumpa kawan2 lama kat sana. Rasa teruja plak nak shoot kat tempat orang. Tumpang lalu ye orang2 penang :)



Nota kaki : Start minggu ni aku dah bertugas di kaunter zakat kajang sampai akhir tahun. Kalau nak rezeki yang kita perolehi setiap bulan berkat dan bersih marilah bayar zakat kawan2 ye :) boleh tanya aku pape pasal zakat kalau tak tahu.

Nota kaki 2 : Aku masih cuba membalas email2 yang dihantar kepada aku. Mohon maaf atas kelewatan tapi insyaallah aku akan cuba balas semuanya.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

Aku suka la dgn angle2 n idea ko shoot. sgt2 menarik. Info ttg pantai tu, sgt berguna pada aku. aku baru tau beb. thanks so much for the info. Tp kalu kita shoot masa hujan gerimis di waktu ptg..tgh malam/esok pagi baru masukkan dlm dry cabinet…selamat ke lens kita?

aku tak brp rapat la.. aku ske tgk orang wt kje.. smbil2 tu aku tolong2 la angkat brng die..sbgi balasan dpt tgk care die bekerja..hehe

sil – salam sil, ya betulll..memang kat pantai kelanang..:) memang best gak kat situ kalau kena gayanya,hehe..tunggu nanti upload entry penuh ye..bizi sangat tak sempat nak edit,hehe..nak book camne takde tarikh..takut org yang bayar deposit tu amik tarikh awk camno nak buek?hehe…

jivebumz – salam awk, lama tak nampak kat sini,hehe..thanks ye..:) nanti sy email quotation ye..:) majlis bila wak? wah, dah nak kahwin,hehe

shahfazrie – waaa, member si azrul gaklah ni ye..:) boleh je..nanti kalau aku job kat banting bolehlah aku kabo kan,hehe..aku jarang skit job area sana..

wow cantik la gambar yg en faizal amek sume nie! series saya sentiasa mengikuti perkembangan photografi saudara.. erm buleh tak kalo saya nak tau bape harga yg awak cas untuk majlis kawen.. kalo ade quatation lagi bagus.. hee leh bg kat emel saye k

TQ

cantik pic..dgn pokok2 xdak daun n shrub kat bwh tu. gmbr jadi 3 layer, ngan fokus mempelai kat tengah2. macam mendung ke hape tu..tp jadi efek lawa. ni gerenti kat pantai kelanang nih :)

aku kenal die tapi die tak kenal aku..hehehe.. ahad tu aku g bersanding dorg.. saje tolong azrul amik bideo.. bile de job area banting.. aku nak ikut bule??

as – salam as, hahahaha..memang betul sangat..pernah ada member rosak sebab kena air laut,huhu..

Broyoes – salam pengantin baru yoes, tahniah buat sahabat aku sornag ni..yoes, aku tak dapat kad jemputan ko…bolehlah emailkan kat aku lagi ye..insyaallah nanti kalau ok kat sana aku cuba hadirkan diri..:)dah lama gila aku tak jumpa ko,hehe

awe – thanks awe, alaaa sama je aku shoot ngan mana2 shoot pun,hehe..:) aku dah komen, walaupun masih byk boleh improve tapi gambar2 ko dah banyak peningkatan dari ko beli dslr mula2 dulu..tahniah awe!!

shahfazrie – salam bro, waaa member ngan lia jugak ke? aah aku cover dia punye nikah..sanding tu aku ada job lain, tak dapat hadir,huhu..cs cover diaorang..:)

Mr Fathi – hehe, takde keinginanpun nak beli D300 buat masa ni..sebba rasanya D90 tu dah hampir menyamai kemampuan D300 cuma dalam body plastik je,hehee..skrg memang aku akai dua body D80 dan D90..:)

cik pingu – salam cik pingu, terima kasih ye..:)

azim – salam zim, terima kasih ye..:) yelaa, tempat tinggal ko kan dekat je ngan pantai tu,heheh..cuma mungkin kalau style yang suka baring2 kat tanah cam aku tu agak bahaya skitlah,hahaha..sebab bila2 je boleh masuk pasir,hhee

Sishoney – salam sis,berjumpa nanti di penang ye sis,hehe..takdelah sampai cas lebih sis, cuma kena lebh berhati2 je..:)

Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, hahaha, sbnrnya memang teringin nak shoot dalam air kak zie..tengoklah satu hari nanti..manala tau ada pengantin yang sanggup berenang dalam air,hihi.waaaaa thanks kak zie atas panduan tersebut..insyaallah sy akan ingat..terer betullah kak zie tempat2 kat mesia ni,hehe..thanks byk2 kak zie ye..

Ko tak kira shoot kat mana mesti gambar ko best punya…aku pun rasanya sesuai gak sifu kumpul duit beli cover water proof…buat shoot dlm air…baru nangis geng2 old timer…hee..heee

Salam sal…hujung minggu ni hang turun Penang ek…?eloklah tu…kalau ada masa, hang singgahla Sg Petani pada 26 Disember 2009 tu…kenduri aku…rasanya aku dah email kad kat hang…takper, aku email lagi sekali ok…

semua job2 outdoor customer aku, aku angkut pergi tepi pantai.. alhamdulillah takde apa2 lagi terjadi kat kamera/lens.. tq to drybox jgk.. penting tu..

Salam dindaku ESAL..

wahhh ini dah dikira maju setapak lagi. Mana tahu, pasni mampu lak beli lens yang jenis water proof. Pastu shoot gambar kahwin dalam air plak.. Mesti lagi mencabar tu..

Nak pegi Penang? Memang best Penang. Ada banyak tempat menarik especially bagi photographer hebat yang pandai adaptasikan ke dalam kamera. Amazingggg…!

Tapi Penang bukan tempat shopping yg sesuai, sebab hampir sama mahal mcm KL. Malah jem dan padat pun lebihkurang KL.

Jangan lupa singgah CHOWRASTA, pusat jualan jeruk dan pelbagai makanan popular Penang.. Keropok binjai murah di sini.. (ops, promote plak…)

all the BEST to ACAI…

wahhh.mcam mesej untuk kawan2 lama je caii kan.kawan2 lama dah muncul.eekekkeke.tau xpe cai.even best kan pantai itulah risikonya plak…so kat pantai kena charge lebih la kan…hahahahahaha

welcome to penang ye cai..semoga selamat sampai.

Huisshhh chot tak tido lagi? takkan nak tunggu game chelsea kot,hahaha..aku nak tengok game dah ni..:) anyway..thanks sifu photojalanan..:)