Bismillahirramanirrahim



Bismillahirrahmanirrahim



Bila dah hampir syawal ni teringat kenangan menyambut raya masa kecik-kecik dulu. Seronok mengenang perkara yang membuatkan kita terasa kemeriahan beraya walaupun masa tu kita meraikan aidilfitri dengan serba kekurangan dan bukanlah hidup selesa seperti sekarang.

Ingat lagi tak dulu kita berdebar-debar tunggu pengumuman raya dan perasaan seronok sangat bila esoknya hari raya? Bermain meriam, mercun dan memasang pelita merupakan perkara biasa yang kita lakukan pada malam raya. Yang perempuan pula sibuk menolong mak pasang langsir, masukkan kuih dalam bekas dan masak-masak untuk beraya esoknya :)

Esoknya, selepas solat raya kita pusing kampung naik basikal beramai-ramai ngan kawan-kawan nak kumpul duit raya. Masing-masing pakat tunjuk baju baru dan kasut raya kat kawan-kawan lain. Kekadang sampai kampung sebelah kita beraya sampailah lewat petang baru balik rumah. Aku percaya ramai antara kita pernah rasa pengalaman beraya camtu kan? Tapi masih adakah budaya camtu sekarang di tempat korang semua?


Sambutan raya tak meriah kalau takde pelita :)


Memang kemeriahan hari raya dulu jauh berbeza dengan sekarang. Budak-budak sekarang termasuklah yang besar suka habiskan masa depan TV tengok rancangan raya ataupun duduk depan PC melayari internet mengucapkan raya kat sahabat maya sedangkan jiran sebelah langsung tak diziarahi hingga akhir syawal.

Aku nak bagi nasihat sikit kat semua sempena menyambut raya :

  1. Cukuplah dengan rancangan TV yang kita boleh tengok sepanjang tahun. Cukuplah duduk depan Laptop/PC melayari internet sepanjang hari. Benda tu takkan habis sampai bila2. Marilah kita bawa ahli keluarga menziarahi saudara mara, jiran tetangga, rakan taulan seramai mungkin. Mungkin juga warga tua yang duduk kat ceruk2 kampung.
  2. Usahlah fikir nak pamerkan baju cantik2 di depan atuk, nenek, nyai, tokwan maupun moyang. Baju tu takkan diperhatikan sangat oleh mereka. Dakapan mesra, sentuhan dengan tangan mereka yang kecut dan pipi yang telah kedut terlalu besar ertinya buat mereka.
  3. Berhati-hati dan bertimbang rasa di jalan raya. Apalah ertinya dapat sampai awal sejam dua tapi mengambil risiko besar yang sebabkan kematian kita, keluarga kita maupun orang lain.
  4. Jaga tata susila pergaulan dan adab sopan berpakaian. Jangan sesekali tinggal solat, berusaha menggenggam syariat walau di mana kita berada.


Saling bermaaf-maafan dan bersilaturrahim kerana Allah


Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa yang telah tua, ziarahilah mereka. Cubalah belajar mengawal emosi bila berbicara dengan mereka. Belajar memberikan tumpuan dengan mata, telinga dan perasaan. Banyak belajar mengangguk, senyum, ketawa dan berpandangan positif dengan apa juga yang diceritakan oleh mereka. Janganlah asyik nak melawan kata je. Kita takkan tahu betapa kita rindukan semua itu bila mereka telah tiada nanti.

Akhir kata, ampun maaf dari aku kepada semua sekiranya terdapat kata2 atau tingkah laku aku yang menyinggung perasaan sepanjang mengenali aku. Selamat menghayati ibadah malam-malam terakhir Ramadhan dengan penuh keberkatan.


Nota kaki : Aku akan bercuti raya sampai hari raya keempat. Sehingga tu tiada update baru di sini. Aku nak nikmati Syawal sepenuhnya :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

54 Comments

  1. SisHoney Reply

    salam caii…

    salam syawal jugak dari sis.mintak mahap la kalau ada salah silap.sepanjang kita kenal dah dekat 3tahun lebih ni.

    selamat menyambut raya ye cai..

  2. faisalhjrahim Reply

    Sis Honey – slm sis, selamat menyambut syawal juga sis ye..:) lama gak kita kawan rupanya sis..kalau ada salah silap mohon maaf bebanyak ye sis..:) ati2 drive tau.

  3. cot Reply

    selamat beraye caii…
    mohon ampun & maaf andai ade slh silap sepanjang aku berguru dgn ko..
    wakakakaa….

  4. faisalhjrahim Reply

    cot – selamat beraye juga cot..:) ko balik ganu berapa lama weii..bila nak ajak aku pi terengganu nih?hehe

  5. cemut baju raya 4 pasang Reply

    salam bro..mis yu..ermmm bagus nasehat tuh…terasa gak 2..3 point tuh kan batang idung sdirik.. :P~ ..thanks yor.sempat nk sedar diri jap b34 syawal neh..btw salam syawal bro..n mintak maap kalo slama kita kenai di alam maya neh.ade yg cemut buat bro marah or whateva..yg penting taun ni kita x raya solo lagi kan bro..hihi.bila nak bertiga? cemut ntah bila.tunggu rezeki jer …ok bai.. eh chop!! nak duett raya :))

  6. cool Reply

    salam aidlifitri acai..

    nak minta maaf jika tersalah dan terkasar bahasa..mana lah nak tau dlm gurau senda kan tercuit rasa..

    selamat bercuti2…

    bila la nak terserempak ngan acai ni..hahahha

  7. hajar Reply

    selamat hari raya untuk kau, isteri & family..maaf atas semua salah silap.jemput dtg rumah

  8. cikpingu Reply

    suke pic pelita 2… chantek2..
    slmt raya ye abg jawe..haha
    jmput dtg umah..

  9. faisalhjrahim Reply

    cemut baju raya 4 pasang – salam cemut, waaaaaa lama giler cemut menghilang,hehe..:) bizi wat anaklah tu,haha. takkan 4 pasang je cemut raya ni..bukan tahun lepas sampai 8 pasang ke? aah, nak mintak maaf gak kalau ada salah silap sepanjang kita kenal..mesti best raya tahun ni cemut ek,hehe.

    cool – slm aidilfitri juga cool, mohon maaf juga kalau ada salah silap atau tau..aah, setiap kali turun bazaar tu selalu teringat bilalah nak terserempak ngan cool ni,hahaha..

    hajar – slm hajar, waaa masuk sini gak ko ek,hehe..insyaallah aku sampai umah ko nanti ye,hehe..aku takde umh lagi, kalau nak datang, jemputlah datang umh mak abah aku,hehe

    cikpingu – hahaha, abg jawe…:) thanks cikpingu..selamat hari raya ye..tahun depan raya dah berdua(kahwin) lum?hehe

  10. cot Reply

    caii..
    tunggu aku kawen ek..
    ko shoot mjlis aku skali..
    kekkekekekeke..
    jmaat ni aku blk trg..
    cuti smpai 29hb..
    30hb bru masuk keje… :D

  11. faisalhjrahim Reply

    cot – gilalah ko cuti lama giler cot!! hahaha..macam nak menikah je cot,hehe..apapun semoga perjalanan semuanya selamat ye..mesti bestkan balik kampung raya2 ni..aku petang ni je dah boleh balik kampung,hehe..

  12. sil Reply

    sek rendah : raye ramai2 naik beskal smpi Bkt Chnggang p rumah ustzh. Lalu jln blkg kampung.

    sek mnengah : upgrade sket, raya ramai2 naik moto dr Lbhn Dagang sampai Bukit Changgang..rumah cikgu Zaleha la tu. Kwn smpai jatuh dlm parit, sebab naik moto lalu jln dalam kat blkg Kaw. Perabot Olak Lempit tu..hehee

    zaman skrg : rela ke budak skrg naik beskal segala p braya jauh2..

    p/s : nyong jalok ngapuro angger nyong enek salah silape, kot2 slh gune grammar bhs jawa ke spnjg m’beri komentar:)

  13. shairulfaiz Reply

    SELAMAT HARI RAYA GAK KAT KO ACAI…tahun nie aku dpt tak duit rayo dari ko? kluisteri ko wat openhouse jgn lupa ajak aku wei..heheh

  14. faisalhjrahim Reply

    sil – salam wak, waaa jauhnya nunggang beskal seko olak lempit tekan bc,hehe.tapi naik motor memang selalulah. Dulu ada raya kat OL jalan seribu tahun tu malam2 naik motor dari RTB tak pakai helmet,hehe. budak2 zaman sekarang nak rayapun kena suruh,uhu..kalau tak ngadap TV jela..:) podo2 yo, angger nek enek salah silap ke mohon diampun,hehe

    shairulfaiz- slm paiz, selamat hari raya untuk ko paiz..:) aku camne nak buat open house, takde rumah lagi,haha

  15. Kak Azieazah Reply

    Salam ESAL..

    kenangan raya bukan saja pada persiapan raya, tetapi juga pada kemesraan bila keluarga berkumpul.. sapa yang dapat balik awal, mesti suker sangat.. sbb dpat sama2 berjaga malam memasak macam2 di malam…

    Berhari raya sebenarnya memang seronok bila ziarah menziarahi… mak2 saudara, sepupu2 yg kadang2 tu setahun sekali tu jer dapat jumpa…

    Segalanya cukup indah di hari rayaaaa….

    Selamat menyambut Syawal jua buat ESAL sefamily. Maaf Zahir Batin, ikhlas penuh kasih dari Kak AZIE..
    maklum kadang2 tu suker benor ngusik sakat ESAL kat blog ni..

    *Khamis pagi insyaAllah, kalu sempat, nak singgah kaunter Zakat Kajang.. tunggguuuuuu….!

  16. Kak Azieazah Reply

    Sebelum terlupa…

    Kak Azie tingat plak penah main mercun buluh guna kabait masa kecik2… skang ni bau kabait tu pun dah tak da.. hehehe

  17. @mmw@t@n Reply

    SELAMAT HARI RAYA ACAII.. jgn lupa bagi duit raya utk isteri.. huhuhuh..

  18. awe Reply

    Cai- selamat hari raya gak..mohon maaf la aku banyak gak nyakat ko..thanks ko dah ajar sikit2 ambik gambar ni..thanks atas ilmu ko.

    Cot- ko ganu kat mano? aku balik khamis petang kat wakaf temesu, gong badak. Hati2 drive cot…datang la umah kawe kat ganu nanti…leh kita kenal.

  19. Broyoes Reply

    Salam pesal…

    Aku nak amik kesempatan ni ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri…hmmm…hari raya pertama ko sbg seorang suami dan ketua keluarga…mesti cukup besar ertinya dan kelainan dari raya2 yang lepas…selama lebih kurang 10 tahun kita kenal dan berkawan semenjak UTM dan jarang berjumpa lepas grad,aku nak amik kesempatan memohon maaf andai ada salah silap yg terlupa nk dimaafkan ker…hari raya tahun ni aku rasa macam nk jumpa kawan2 kangkar pulai macam ko, ardi, roba, awy, bang chik, shahnaz, wak, basyir dsb…insyaAllah, raya kedua aku turun KL…kalau sempat aku call ko dan pi beraya rumah ko….akhir kata, berhati2 di jalanraya dan ingatlah pada yg tersayang…Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk pesal sekeluarga…

    P/S: Teringat masa dulu, ko dan aku sibuk dok menulis kad raya, hr kat kawan2 ataupun kekasih2…hahahahaha….macam2 stail dan ayat kat dalam kad raya tu…tp sekarang dah kurang org guna kad raya…design pun kurang cantik….sedih jugak aku tengok keadaan camtu…apapun, aku still prefer guna kad raya…

  20. alif anwar Reply

    Salam,

    Dialog tipikal masa raye;

    “Njaluk ngapuro seng akeh”

    “Podo-podo”

    Huuu… Entry anda buat saya rasa homesick. Baru sekejap tadi kawan buat last minute decision untuk balik raya.

    Oh aku tergoda! Nak balik jugak :(

    Hehe, selamat mengejar lailatul qadar!

  21. zool Reply

    Selamat Syawal gak.
    tapi susah nak tinggalkan hobi blogging ni…
    huhuhuhu

  22. Diya Reply

    Macam terasa pulak dengan nasihat acai yg nombor satu tuh. Hahaha. Tapi, selalu nya tak sempat nak tgk tv atau main tenet ms raya2. Kadang rasa geram gak bila ter miss cite2 best. Ngehehe

    Selamat hari raya Acaiiii!!!

  23. kasih Reply

    Acai

    ya..good advice..
    sudah2 la menonton tv..
    kasih pun dah naik muak bila tiap2 kali raya, ada org malas nak pi umah sedara mara sbb nak tgk tv..hmm..

    awak,celamat hari raya yer..
    maaf kalo ada tutur kata dan perbuatan yang kurang menyenangkan..
    terlebih bergurau ke…
    terbuli ke..
    halalkan makan minum ek..
    hati2 di jalan raya…
    dan selamat bercoti..
    kasih x coti lama..
    huk..huk..cedey..

    Semoga raya tahun ni lebih bermakna buat acai sekeluarga
    (huahua..ayat skema aku dah keluar..)

    akhir kata..kem salam kat adik awak yang hencem tuh.. ekeke..
    ngorat bleh? :P

  24. ikhwanmuda Reply

    Selamat Hari Raya kepada semua rakan2 photogku… semoga murah rezeki sokmo:)

  25. roba Reply

    Salam Pesal,

    Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri buat ko dan isteri, anak? hehhee maybe dah 2 bulan kot hehhe.. Moga ko bahagia bersama orang yang tersayang & Mak Ayah.

    Aku juga nak mohon ampun & maaf dibulan Ramadhan yg mulia ini kalau sepanjang persahabatan kita ada tersilap ckp, tercuri baca note ko masa study dulu, termakan kacang, kek yg mak ko hantarkan dulu kat rumah sewa..hehehe & yang penting sekali termengumpat, terkata pasal benda yang xbaik pasal ko tp benda baik banyak juga tau, kira cover lah tu hehheee maaflah. itu semua dah menjadi memori indah kita semua.

    Esok insyaallah aku akan balik kg. Tahun ni beraya kat kg 10 hari aku cuti horreeyyyy… ko jangan jelous tau :p
    tinggalkan kesibukan di kota mencari ketenagan di kampung….

    Pejam celik dh 30 hari puasa. Makin dipejam Celik makin banyak SALAH dan DOSA. Sementara masih Celik,berbanyak lah bt pahala. sebelum pejam tak celik-celik harap maaf jika tersalah kata

    Ikhlas
    Md Zulkifli Bakar

  26. muiz Reply

    salam. kang keluputan di ngapuro nek eneng salah silape.. biyen sa’orong aku mambangan karo bojo ku.. aku orak pernah pun dolan rtb.. isuk2 royo lungo dolan nunggang moto lungo olak lempit.. konangan tunggale.. tekan sepriki aku eje’ eleng.. tp lepas aku wes knal bojoku..tiap tahun lungo rtb..kekeke..

  27. as Reply

    salam syawal..

  28. zam Reply

    ~Salam aidilfitri acai dari aku sekeluarga

  29. atong Reply

    salam
    caii, “selamat hari raya maaf zahir batin” cakap orang melayu n klu bahasa ibunda kita”keluputanku siakeh ngapuro”klu tak silap ler..semoga raya pertama bersama isteri tahun ini lebih bermakna..

  30. kerul shukor Reply

    caii..selamat hari raya..mohon maaf la kalo da wat silap..

  31. dyla Reply

    Salam Aidil Fitri buat Acai sekeluarga.

    Jempur Datang ke umah kami ye :)

  32. shakirah Reply

    Salam Syawal Acai and family… Semoga syawal ini membawa erti yang besar.
    Syukuri nikmat di Aidilfitri, Tanda Kemenangan anugerah Ilahi,
    Saling bermaafan insafi diri,
    Semoga ukhwah kekal abadi..

    heheheh..Pantun adhoc ni..hahaha

  33. faisalhjrahim Reply

    Kak Azieazah – Slm kak zie yang dihormati, semoga akk sekeluarga sihat2 hendaknya :) dikesempatan ni sypun nak ucapkan selamat menyambut hari lebaran buat akk sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang perkenalan kita terdapat kata2 sy yang menyinggung akk ye..Waaa nak datang kaunter kajang ke kak? sy arini petang baru masuk sana,hehe.

    Err kat kedai runcit tempat sy masihi byk lagi karbait kak, tapi yang main mercun dah kurang,hehe

    amm – salam sahabatku yang jauh diperantauan..selamat menyambt syawal di tempat orang amm..sabar ye, insyaallah beberapa tahun lagi dapat raya kat sini,hehe..amm, aku minta maaf kalau ada salah silap ye.

  34. faisalhjrahim Reply

    awe – selamat hari raya we, semoga ko selamat pulang ke terengganu dan kelantan..drive ati2 bro..:) blehlah tolong promote album aku tu nnti,hehehe.

    yoes – salam yoes, waaa ko mengingatkan aku zaman kita belajar dululah..yang tak boleh tahan tulis surat tu,hahahaha..yang pasti ko punye surat lagi byk dari akulah,keke..yoes, dikesempatan ni akupun nak ucapkan selamat menyambut syawal. Minta maaf andai sepanjagn kita kenal lebih 10 tahun ni terdapat kata2 aku ataupun perbuatan aku yang menyinggung perasaan ko..

    Oh ya, mintak maaf gak sebab aku selalu pijak ko time ko tido sebab nak kejut ko bangun solat,hahaha..tapi ko kalau tido memang kalau dipijakpun bukan perasan,hahahaha.Kalau datang sini calling2lah yoes ye. bleh jumpa..dah lama gile tak jumpa ko nih..:)

  35. faisalhjrahim Reply

    alif ikhwan – slm bro, terima kasih sudi singgah sini..:) alhai, balik jelah kampung tu..kerja semua tu belakang cerita..kemesraan bersama keluarga tak dapat diganti ngan wang ringgit tau,ceeewaahhh..jowo jugak ke bro?hehe..jaluk ngapuro jugak ye..

    zool – slm bro zool, selamat menyambut lebaran zool..tahun ni raya mana zool? zool, kad raya ko baru aku terima semalam :) tapi aku ada kat kajang tak sempat nak tengok lagi..terima kasih banyak2 zool ye..jemputlah datang umh zool.

    Diya – Selamat hari raya diya!! selamat bergumbira ye bersama keluarga..itulah, internet ngan cerita tv tu takkan pernah abis..kalau ketinggalan bleh je download kat mana2, mesti ada,heheh..:) diya, nak duit raya tak? mehlah datang jumpa acai,kekeke..

  36. faisalhjrahim Reply

    nurul aini – salam akku, waaa dah lama plak rasanya tak dengar khabar akk..:) kak, tahun ni raya kat ne?hehe..kak, mohon maaf atas salah silap sepanjang perkenalan kita ye..nnti kalau pi rumah faizah kat taman akk tu blehlah singgah umh akk,hihi.

    kasih – salam kasih, waa bagus2..tak payahlah layan sangat cerita2 kat tv tu..baik gi beraya umh saudara mara..ada gak faedahnya..:) benda tu bukanlah tak boleh, tapi kenalah dikawal..jangan sampai sepanjang hari duduk depan tv konon2nya semua program best..:P

    Sypun nak minta maaf zahir dan batin sekiranya sepanjang perkenalan kita terdapat kata2 sy yang menyinggung perasaan awk ye kasih. Bila nak blanje sy nih?heheh..nnti sy sampaikan salam awk tu..adik sy tu budak2 lagilah kasih,hahaha..

  37. faisalhjrahim Reply

    ikhwanmuda – slm bro, terima kasih..semoga bropun dimurahkan rezeki lagi,amin..raya mana tahun nih?hehe..

    roba – Salam roba sahabat aku jugak di UTM :) mungkin masa ni ko dah balik kampung..lama gile ko balik kampung roba? Ko bukan dulu malas nak balik kampung ke?hahaha..semoga semuanya selamat ye.

    Roba, akupun nak minta maaf kalau sepanjang kita kenal ni aku buat ko kecik ati, gurauan aku yang buat ko tak selesa dan sebagainya. Aku tahu, aku selalu membuli ko bersama kawan2 lain,hihi.. tapi tu semua aku lakukan sebab aku anggap ko rapat ngan aku tau..:)

    Semoga ko sekeluarga bergembira disyawal ni. Ko dah bayar zakat fitrah lum ni?hahaha..jumpa lagi roba..:)

  38. faisalhjrahim Reply

    muiz – slm kang,hahahaha..nyong kerungu riko cerito kuie guyu dewek..yolah, opolah seng enek nang kampung rtb kuie. Wong LD pun enek seng orak pernah mampir nang kunu,hehe..muiz, kang tekolah ngumah e ku royo..kenek ngelencer bareng2,hehe..

    as – salam syawal as,mintak maaf kalau ada salah silap sy sepanjang kenal ni ye..:)

    zam – slm bro zam, selamat menyambut aidilfitri juga ye. Mohon maaf zahir batin..Hati2 drive balik kampung,hehe

    atong – salam atong, riko wes cuti porong kie? hehe..atong, akupun arek jaluk ngapuro salah silapku nek enek seng riko orak berkenan karo caraku kabeh yo,hehe..datanglah umh raya ni tong..:)

  39. faisalhjrahim Reply

    kerul shukor – slm kerul, akupun samalah kerul..mintak maaf kalau ada salah silap aku sepanjang perkenalan kita,ceewahh..bila balik kampung kerul? ati2 drive balik temerloh sana ye..:)

    dyla- salam dyla, selamat menyambut aidilfitri dyla..:) minta maaf kalau ada salah silap aku sepanjang kita kenal ni ye dyla..:) ko lah antara beberapa kawan2 sekolah yang masih lagi contanct ngan aku,hehe..:) insyaallah kalau berkesempatan aku datang raya umh ko nnti,hihi..

    shakirah – slm aq, terima kasih atas pantun tu ye,hehe..:) selamat menyambut ramadhan ye..ati2 di jalan raya tau..:)

  40. akulensa Reply

    salam..selamat hari raye..jemputla ke blog amek kad raye ye

  41. faisalhjrahim Reply

    akulensa – salam bro, selamat menyambut raya juga bro..:)

  42. airizz Reply

    salam acai..
    Selamat menyambut hari raya aidilfitri.. moga aidilfitri kali ini membawa seribu erti bagi kita semua.. maaf segalanya :)

  43. Carneyz Reply

    Salam Acai. Kiteorg contact awak tp xdapat la. Awak tukar no ke? nak mintak tolong ni, as usual time balik cuti raya ni. Hehehe.

  44. yanz Reply

    ishhkk.. nmpknya sy org trakhir kot nk wish..
    cai, slmat braya sakan ya dis year,slmat mkn rendang, maap zahir batin ya!

    (sy nk jerit nama awk aritu, skali ujan lebat daaa ptg aritu, xdpt singgah.. huhu)

  45. faisalhjrahim Reply

    airizz – slm puan aida, selamat menyambut aidilfitri bersama suami tercinta ye..:) mohon maaf atas segala salah silap ye aida :)

    Carneyz – slm carneyz, waaa sory sory..hp sy memang dah total lost yang no tu..rosak dan tak bleh betulkan..:) no masih ada cuma takde hp nak masukkan simcard,huhu..sy ada bagi no 019 kat blog..:) bila flight?

    yanz – slm yan, waaa selamat hari raya ye yanz..:) mohon maaf atas salah silap tau..:) errkkk, bila masa awk jerit?hehe..tak perasanlah..:) masuklah dalam kaunter..

  46. FarEast Reply

    assalamualaikum …
    dengan rasa rendah diri, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri …
    semoga aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan dariNya …
    Insyallah

  47. ViniL Reply

    selamat hari raya abam acai…

    maaf zahir ngan batin.. moga2 bertambah rezki~~ aminn… heheh

  48. h0ney Reply

    selamaT hari raya maaf zahir & batin yek acai… kalau ada salah silap h0n harap dimaafkan yek… kalu ade termakan ker terminum ker terambil ker terkurang ker terlebih ker harap dihalalkan….

    semoga berbahagia disamping isteri terchenta yek..

  49. Salam lebaran bro. Semoga sihat dan beroleh rahmat dariNya. Kalau ada salah dan silap harap diampunkan. Semoga bro dilimpahi rezeki dan juga sihat walafiat selalu. Salam….

  50. kak qaseh Reply

    Selamat Hari Raya Acai dan keluarga

    MAaf Zahir dan batin..atas silap salah akk..
    dan kata2 yg menyakitkan hati Acaii…akk gurau2 jerr..kalau kecik hati maafkanlah akk yek.

  51. Faiz Faiza Reply

    salam alaik.
    lama xdrop by cni.

    salam idulfitr

  52. faisalhjrahim Reply

    FarEast – Slm aidilfitri kembali bro..:) maaf zahir dan batin ye.

    Vinil – selamat hari raya juga ye wak. Raya kat mana tahun ni?hehe..maaf zahir batin ye.

    Honey – slm hon, selamat menyambut raya bersama suami tercinta hon..bila nak jumpa acai ni hon? ada lagi lum bagi nih,hehe..:) 0-0 hon ye.

  53. faisalhjrahim Reply

    Khairul Faizin – Slm bro, terima kasih ye sudi singgah sini..:) mohon maaf atas segala salah dan silap ye. jemput datang umh bro.

    kak qaseh – slm kak, Selamat hari raya aidilfitri buat akk sekeluarga ye..teringin rasanya nak datang umh baru akk beraya,hehehe..:) kak, nak duit raya.

    Faiz Faiza – slm alaik, mohon maaf atas segala salah dan silap ye..:)

Leave a reply