Bismillahirrahmanirrahim,

Akhir bulan 12 tahun lepas aku berkesempatan melawat seorang kawan aku yang melangsungkan perkahwinan. Herni namanya. Dia kerja satu bangunan ngan aku kat JAIS :) Sebenarnya dia ada nak amik aku jadi OP tapi disebabkan aku ada kerja aritu maka aku tak dapatlah nak terima. Masa aku datang kebetulan dia dah nak siap make-up. Oleh kerana aku bawak kamera jadi aku shootlah skit2,hehe. Tak lama pastu pengantin lelaki sampai. Akupun amik gambar dah macam OP plak,hehe.

Walaupun aku kerja satu bangunan ngan dia tapi memang jarang jumpa. Aku kenal lah muka2 budak tempat kerja dia masa diaorg datang. Tapi aku tak reti nama2 diaorg,hehe. Apapun aku doakan semoga dia berbahagia dan kekal hingga akhir hayat,amin. Aku dengar diapun berulang dari Sepang ke Shah Alam setiap hari pergi kerja. Samalah macam aku,hehe.


Sepanjang majlis tu aku guna satu lens je, Sigma 10-20mm. Sebab aku tak bawak lens lain pun,keke. Aku sekarang macam lagi suka pakai UWA lens ni. Tapi aku kena memahirkan diri aku lagi supaya gambar yang dihasilkan takde distort yang kena kat muka orang :) aku memang suka distortion, tapi kenalah bertempat..:)

Wassalam.

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments
safir says:

hangin aku kat ko acaii, knp ko tak ajak aku pi shoot wedding?.. hihihihi:D

herni says:

assalamualaikum..
aduhhh di sini ghupe ye kamu incik :) sy pn dh nk ml aktif blog…singgah2 jela yeee :)

cot says:

waaahhhhh…dh ade dot com nmpk…moga rezki ko trus b’tmbah cai…truskn b’karya…