Dec 7
Cerita basikal tua
icon1 Acaii Jawe | icon2 Personal | icon4 12 7th, 2009| icon342 Comments »

Bismillahirramanirrahim



Hari ni aku rasa malas nak upload cerita pasal kahwin :) Aku saja nak tunjuk kat rumah aku ada sebuah basikal tua yang dah berusia lebih 30 tahun. Kekadang bila aku naik basikal ni teringat masa zaman kecik2 dulu. Masa belajar naik basikal camni. Terpaksa menyendeng ke tepi sambil mengayuh. Mana nak sampai tempat duduk yang tinggi tu, hehe.

Sepanjang jalan pusing-pusing kampung memang camtulah gayanya. Bukan aku sorang je, budak-budak baya2 aku semua naik basikal senget camtu :) Dulu tahun 80an mana ada basikal kecik. Kalau adapun mana bapak aku mampu nak belikan. Selalu aku naik basikal ni kat kampung arwah atuk aku. Kalau dia balik dari surau pas asar tu, cepat2 bawak lari basikal dia. Tapi kena balik sebelum maghrib sebab atuk nak pakai lagi, hehe.


Orang dulu-dulu kat kampung memang inilah pengangkutan utamanya. Abah aku cerita dia pernah kerja buat parit kat Hulu Langat mengayuh basikal dari Labohan Dagang, Banting. Kalau naik kereta sekarang pun dah dekat 40 minit lalu highway. Dulu mana ada highway, nak jumpa jalan tarpun tak banyak. Banyak jalan tanah merah je, huhu.

Dulu kecik2 aku jaki betul tengok orang2 muda bawak awek kat palang basikal tu, sweet je, haha. Aku cakap nanti kalau besar nak buat camtulah. Sekali dah besar orang dah tak guna basikal tu bawak awek, wakaka. Aku suka basikal tua ni sebab memang lasak dan tahan. Sampai sekarang masih boleh pakai lagi. Mana jumpa lagi break basikal guna besi cam basikal ni, hehe. Bila naik basikal ni, terasa ada lagu2 oldies berkumandang di sekeliling aku, hehe

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Dec 3

Bismillahirramanirrahim


Kali ni aku nak update Majlis Persandingan pasangan Sobrina & Fairuz yang diadakan di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur. Aku follow Official Photographer (OP) yang juga sahabat baik aku Kerul Shukor. Selain tu sahabat aku Zayd pun turut shoot sesama:) Sebenarnya ni kali pertama aku shoot kat sini. Maklumlah, client2 aku kebanyakkannya duduk kampung2 je, hehe.

Sebenarnya Sobrina ni hire 2 team OP dan team videographer. Team Kerul, zayd dan aku hanya cover sekitar majlis je. Team photographer lagi satu tu cover keseluruhan dari make-up sampailah outdoor (Gi Photoshoot). Team diaorang je dah 4 orang. Campur team videographer 2 orang yang juga member aku fairuz ismail dari Avicenna Studio, memang ramai gila yang shoot wedding dia :) Layanlah sikit gambar diaorang.



Aku tensen betul shoot kat majlis ni. Bukan pasal pengantin ke apa tapi pasal ramai gila pakai Canon, haha. Tak silap aku ada 4 biji Canon 5D Mark II kat majlis tu. 2 amik gambar, 2 amik video..:) Body camera tu je dah dekat RM9,000, huhu. Sebab tulah ada orang tu rileks je shoot dalam dewan tak pakai flash langsung, hampeh tul.

Ramai orang kata kamera tu tak penting, orang belakang kamera tu yang lebih penting. Tapi sebenarnya memang ada situasi yang memerlukan kamera yang baik yang tak mampu dilakukan oleh entry level dslr . Contohnya bila bekerja dalam situasi extreme low light atau amik gambar2 sport. Sebab sesebuah kamera tu memang ada batasan limitnya sendiri. Itulah pentingnya kamera2 professional macam diaorang pakai ni :) Insyaallah mungkin satu hari nanti aku akan menyusul, ceewahh :P


Gambar yang bakal mencetuskan kontroversi, haha. btw, I’m on his side..:)


Sebagai kesimpulan aku taruk sekeping gambar provokasi dari OP Kerul Shukor terhadap jenama lagi satu tu, kekekeke. Jangan marah aa..

Nota kaki : Masa aku tak tengok Chelsea main mesti diaorang kalah. Pelik betul aku. Nampak sangat diaorang perlukan sokongan padu dari aku setiap masa.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Dec 1
Mood selepas raya haji
icon1 Acaii Jawe | icon2 Personal, Wedding | icon4 12 1st, 2009| icon324 Comments »

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, aku dapat kembali bekerja arini walaupun badan rasa tak berapa sihat. Sebenarnya aku rasa sedikit rugi sebab raya haji ni tak dapat nak melapah lembu korban seperti tahun2 lepas. Oleh kerana kebanyakkan tempat buat korban pada hari Sabtu maka aku tak dapat join sebab dah berada di Johor Bahru untuk majlis perkahwinan client aku. Rindu plak dengan bau hanyir darah lembu, bau daging segar dan suasana gotong royong tersebut :)

Teaser Majlis Perkahwinan Ahad lepas di Johor Bahru


Sekarang ni tiap-malam aku terpaksa tidur lewat menyiapkan album-album customer. Memang itulah lumrah hidup photographer picisan cam aku ni. Ketika orang lain berehat2 bersama keluarga menonton TV, melayari internet, dinner diluar dsb aku terpaksa bersengkang mata hingga 2-3 pagi siapkan kerja dan terpaksa bangun awal untuk kerja pada keesokkan harinya.

Orang diluar nampak kerja photographer selesai selepas habis majlis perkahwinan. Tetapi sebenarnya ia baru separuh dari tugas photographer tersebut. Proses memilih gambar, design layout album dan editing gambar kekadang memakan masa jauh lagi lama dari proses shoot gambar tu. Aku ada ramai member photographer berkeluarga yang terpaksa korbankan masa bersama anak-anak dan keluarga untuk laksanakan tanggungjawab terhadap tugas yang diterimanya.

Ada masa nanti aku akan cerita lebih lanjut tugas belakang tabir seorang wedding photographer yang kebanyakkan orang tak tahu termasuklah aku masa mula2 masuk bidang ni dulu. Camna rasanya kerja setiap malam dari 9 malam sampai 2 pagi selama berminggu-minggu tapi benda tu jarang diketahui orang lain. Camne pula rasanya berhadapan dengan customer yang demand macam2 tapi sangat liat nak bayar dan sebagainya..:) tunggu deh..


Nota kaki : Aku kena tunggu OP majlis Sobrina & Fairuz upload entry majlis mereka terlebih dahulu sebelum aku boleh publish kat sini.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com