Natrisya & Amirul, Dewan PKPS, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, aku sekadar nak berkongsi tazkirah pagi tadi. Kita semua hidup di dunia ini kelihatan melakukan benda yang sama setiap hari. Bangun tidur, pergi kerja, balik kerja, tidur dan ulang benda yang sama keesokkan harinya.

Tetapi sebenarnya setiap orang melakukan sesuatu dengan motivasi berbeza. Tanpa sedar ia juga berkait dengan pengiraan pahala amalan kita. Ada orang yang bekerja dengan niat mendapatkan pahala untuk hari akhiratnya kelak. Ada juga yang bekerja kerana terpaksa untuk cari makan untuk keluarganya. Ada yang memang ia hanya sekadar rutin hariannya.

Jadi seorang yang melakukan kerja yang sama, duduk di tempat kerja yang sama, waktu kerja yang sama, kemahiran yang sama dan gaji yang hampir sama belum tentu pahala mereka pada hari tersebut sama. Itulah pentingnya niat melakukan kebaikan setiap hari. Nampak kecil tapi perbezaannya sangat besar.

Kalu ni aku sambung update majlis perkahwinan Natrisya dan Amirul di Dewan PKPS, Shah Alam. Selalu kat sini buat event ofis je. Pertama kali shoot wedding kat sini. Kemudahan dewan ni semuanya selesa. Layan sikit majlis mereka ini.


























































Sesi outdoor tu kitorang buat kat Seksyen 7, Shah Alam je. Selepas hujan banyak nyamuk kat kawasan ni. Sian aku kena gigit banyak nyamuk. Tapi lagi kasihan kat pengantin yang terpaksa pose walaupun banyak nyamuk. Tobat taknak datang sini lagi kalau hujan.

Tahniah kepada kedua mempelai yang dirai. Semoga Allah berikan mawaddah dan rahmat kepada ikatan perkahwinan ini. Semoga berkekalan bahagia sampailah ke syurga, amiin. Jumpa lagi next entry.

Wassalam.

Syurga suami

Bismillahirrahmanirrahim.

Nabila & Muz, Gombak

Aku teringat tazkirah seorang ustaz baru-baru ini. Terkesan dalam hati.

Kata ustaz, isteri adalah orang yang paling kenal suaminya. Kalau suaminya mati, dia sendiri sebenarnya dapat agak sama ada suaminya ke syurga ataupun sebaliknya.

Walaupun suaminya itu kelihatan baik di mata orang ramai, dihormati, disanjungi dan ramai ingin jadi sepertinya, tetapi seorang isteri biasanya tahu sikap sebenar suaminya.

Sebab tu isteri kena usaha tegur suami jika mereka melakukan kesilapan. Mereka yang paling kenal bagaimana ego dan cara terbaik menegur suami. Jangan berdiam diri sahaja.

Jangan jadikan dunia ini sebagai tempat terakhir kita bertemu orang yang kita sayang.

Seorang isteri boleh sahaja masuk syurga tanpa suaminya. Cukuplah mereka taat perintah Allah, tinggalkan perkara dilarang agama dan taatkan suami. Tapi seorang suami memang sukar nak masuk ke syurga jika isterinya ke neraka.

Kasihani kami.

Wallahua’lam.

Pernikahan Natrisya & Amirul, Sepang

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, aku dapat update entry baru kat blog ni. Kena paksa diri juga waktu cuti untuk update dan draft. Dulu masa zaman blogger, setiap hari teruja nak tulis entry baru,hehe.

Masa aku tulis entry ni tengah cuti tahun baru cina. Sana sini berlaku kesesakan ketika pulang balik kampung. Aku rasa satu perkara yang dipandang rendah ketika memilih pasangan ialah jarak kampung halaman kedua-dua pasangan tersebut. Mula-mula memang rasa tak kisah sebab dah cinta.

Tetapi bila selalu terperangkap dalam jammed berjam-jam, kereta rosak dll ia akan menguji sesetengah rumahtangga. Aku ada terbaca pasangan yang bergaduh sebab ini secara terbuka di Facebook. Nauzubillah. Tapi ia sebenarnya bergantung kepada pasangan itu juga. Ramai lagi pasangan yang tiada masalah ketika bersesak pulang ke kampung.

Kali ni aku nak update sikit pasangan Amirul & Natrisya yang diadakan di Kota Warisan Sepang. Pertama kali shoot area sini walaupun sebelah kampung aku je.

















































Majlis pernikahan berjalan dengan tenang dan lancar. Alhamdulillah kedua pasangan berjaya diijab qabul dihadapan keluarga dan sahabat handai. Tahniah Amirul dan Natrisya. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan bahagia sampai ke syurga, amiin.

Mak dan Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim,

Shahmil & Amelia, Taman Maluri, Kuala Lumpur

Masa bangun tidur pagi tadi tiba-tiba aku teringat 2 benda.

Pertama ingat kat mak dan kedua bulan Ramadan. Usai solat subuh tadi aku terus telefon mak. Sekadar berbasa basi bertanya khabar mak di kampung. Tapi sebenarnya mendengar suara mak je dah dapat memberikan semangat dan motivasi untuk teruskan aktiviti harian.

Ada seorang sahabat yang baru kehilangan ibunya baru-baru ini. Aku sangat terkesan sebab aku kenal arwah. Sungguh ketika kita makin dewasa dengan kerjaya dan keluarga, tanpa sedar ibu bapa kita juga semakin meniti hari tua mereka.

Masa mereka di dunia sudah tidak lama. Berbaktilah sementara masih berkesempatan. Satu masa nanti, kita pasti rindukan kenangan bersama mereka ketika mereka tiada lagi di dunia ini.

Aku juga rindukan Ramadan. Suasananya, aura semangatnya, kegembiraannya.

Semoga kita semua masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia tersebut, amin. Amalan kita tak setara mana. Iman sentiasa turun naik. Kita sebenarnya perlukan Ramadan untuk gandakan pahala amalan kita. Itu sahaja dah tunjukkan kelemahan kita sebagai seorang muslim. Akulah tu.

Wallahua’lam.

Maternity Yanaz & Shahrul, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam aku join geng photographer shoot maternity di Putrajaya. Kawan-kawan ni aku dah kenal sejak aku mula-mula pegang DSLR 10 tahun lepas. Diaorang yang banyak mengajar aku ambil gambar dari basic sampailah aku boleh ambil gambar sendiri.

Biasa kitorang kumpul-kumpul begini setahun sekali je semasa buka puasa Ramadan. Tapi haritu ada cadangan dari seorang sahabat, Shahfazrie Miskon untuk jumpa sambil shoot subjek bersama-sama.

Jadi ni sebahagian gambar yang sempat aku rakam guna DSLR aku. Akupun jarang amik gambar portraiture. Nanti kalau dah bersara amik gambar wedding, mungkin boleh consider. kot. Banyak aku belajar dari sifu-sifu yang hebat ni. Terima kasih semua.



















Tahniah kepada pasangan Yanaz dan Shahrul yang bakal menimang cahaya mata pada bulan Mei 2015 ini tak silap. Mudah-mudahan mendapat anak yang soleh dan solehah yang memberi bekalan pahala yang berpanjangan sampai ke syurga nanti, amiin.

Ni gambar kitorang semua. Ada lagi yang tak masuk dalam ni :( Mudah-mudahan ukhuwah kita semua berpanjangan, amiin.

Behind the scene sekeping. Tengok hasil gambar memang nampak macam tenang. Padahal masing-masing selalu kena ‘jerit’ sebab halang kawan lain daripada shoot angle masing-masing, hehe.

Wassalam.

Wedding Mai & Zul, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

 
Alhamdulillah dapat aku upload sedikit entry Mai & Zul ni. Majlis mereka diadakan di Restoran Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam. Sesi outdoor buat kat tepi jalan Seksyen 7 je. Ini dah kali ke 4 rasanya aku shoot majlis wedding kat Restoran Zam Zam ni.





Mari kita sama-sama doakan semoga kedua pasangan pengantin ini dirahmati Allah diberikan kasih sayang yang berkekalan sampailah ke akhir hayat, amiin.

Wassalam.

Berakhirnya tahun 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Bahdin & Amirah, Senawang Negeri Sembilan

 

Alhamdulillah, kita dah sampai penghujung tahun 2014. Tahun yang pasti dikenang semua dengan banyak ujian dari Allah kepada negara kita.

Kehilangan 2 pesawat MAS + 1 Air Asia, banjir besar yang melanda negara, kejatuhan ekonomi negara pengeluar minyak dsb.

Sebagai seorang muslim yang beriman, sudut pandang kita perlulah berbeza. Semua ujian ini memang dalam pengetahuan Allah. Allah yang berikan. Semuanya.

Ia mungkin satu bentuk ujian tahap iman kita dan teguran dari Allah atas kelalaian kita sebelum ini. Ia hanya menunjukkan kebesaran Allah dan betapa kecilnya kita tidak mampu melawan takdir Allah.

Lihatlah sekeliling.

Orang mati dengan tiba-tiba tanpa bersedia. Allah juga boleh tarik nyawa kita tanpa kita sedar dan mahu.

Soal bila, di mana, bagaimana kita mati itu tidaklah penting sangat bagi Allah. Tetapi persediaan amalan kita untuk dihisab itu jauh lebih penting.

Jika kita tahu tahun 2015 yang bakal tiba ini kita bakal jadi jenazah, bakal duduk dalam tanah menunggu kiamat, apa persediaan kita?

Nota : 3 bulan kebelakang ini, aku terlibat projek besar di ofis yang menyebabkan aku tidak mampu berikan perhatian kat blog ini. Tapi sebenarnya aku masih aktif shoot wedding hampir setiap minggu cuti sekolah. Aku memang cuba kurangkan tugasan wedding beransur2 bermula 2015 insyaallah.