Bismillahirrahmanirrahim
Aku sekarang terlibat dalam proses mendokumentarikan kejayaan asnaf yang telah dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor melalui program usahawan. Aku shoot video dalam 2-3 minggu ni di seluruh Selangor asnaf yang berjaya dan interview mereka. Jadi secara tidak langsung aku tahu situasi mereka sebelum dan selepas berjaya dalam berniaga.
Fiza & Mazli, Kuala Lumpur
Ada asnaf yang sebelum ni hidup sangat susah dan terpaksa meminta2 untuk sesuap nasi buat keluarga. Tetapi kini pendapatan mereka mencecah puluhan ribu sebulan. Malah ada asnaf yang dibantu oleh LZS ini berjaya memperolehi pendapatan lebih RM100,000 sebulan bersih. Teringat 3 tahun lepas masa kitorang melawat beliau ketika baru mendapat bantuan modal perniagaan & peralatan daripada LZS. Masa tu aku dah yakin dia akan berjaya melihat kesungguhan beliau dan terbukti sekarang.
Lebih menarik pendapatan beliau tersebut jauh mengatasi semua orang yang kerja di institusi zakat termasuklah CEO kitorang:) Bukan sedikit yang memperolehi pendapatan lumayan dan keluar dari kemiskinan. Setiap tahun lebih 150 asnaf berjaya dikeluarkan oleh LZS. Tetapi sebenarnya ada juga yang dibantu dan mengalami kegagalan. Itu adalah cabaran kepada LZS.
Bila kita lihat hidup ni secara keseluruhan, lihatlah bagaimana Allah membahagikan rezeki & nikmat kepada manusia. Selama 40 tahun hidup susah tiba2 Allah bagi rezeki yang banyak. Ada yang sebelumnya hidup mewah tetapi Allah uji dengan kesusahan dan kepayahan. Ada yang rezekinya sederhana sahaja sepanjang hidupnya. Asasnya sama, Allah nak lihat keimanan dan kesabaran kita hidup di dunia yang sementara ni. Wallahua’lam.
Nota kaki : Selamat bercuti sekolah kepada semua cikgu-cikgu. Masa untuk berehat dan lapangkan fikiran:)