Belle & Zairy, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi aku dengar satu tazkirah. Ustaz bertanya bila kali terakhir kita audit perbelanjaan dan hasil kewangan kita? Adakah semua yang kita dapat rezeki yang halal? Adakah zakatnya telah ditunaikan dengan sempurna? Berapa sedekah kita setiap bulan? Ini kena tanya sama ada kita berniaga & bekerja setiap hari. Sebab ia sangat penting untuk masa depan akhirat kita.

Dalam berniaga melalui wedding photography ni aku cuba niatkan untuk mengikuti sunnah. Aku akan berusaha menjaga amalan dan kejujuran semasa berurusan dengan semua client2 aku. Dengan rezeki yang murah dan keuntungan semakin bertambah insyaallah aku dapat salur lebih banyak kepada jalan kebaikan.

Aku nak update sedikit majlis Belle & Zairy yang diadakan di Cheras. Aku cover dari majlis nikah sampailah selesai sesi outdoor. Aku sebenarnya ngah cuba tone baru harini. Hope nampak ok:)


Semoga Allah rahmati kedua pasangan ini dan hubungan yang terjalan berkekalan bahagia sampai ke syurga,amin. Mereka dah kenal lama dari zaman belajar lagi:) Tapi hidup berumahtangga bersama adalah satu kehidupan yang berbeza dan berlainan. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga korang ye:) Tahniah atas berita gembira Belle. Wallahua’lam.


Nota kaki : Banyak tarikh2 aku pada tahun ni telah penuh sekarang. Terima kasih kepada semua yang percaya dengan hasil kerja aku. Mudah-mudahan Allah luaskan lagi rezeki korang semua ye,amin.

Nota kaki 2: Aku kena modify dan perbaiki tone ni lagi. Tunggu update next time plak.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Pernikahan Izyan & Hikshan, Banting

Bismillahirrahmanirrahim

Aku nak kongsi sedikit isi tazkirah yang aku dengar awal pagi tadi. Untuk jadi orang yang baik dan sentiasa positif dalam hidup kita kena belajar melihat semua yang kita lakukan dari ‘kaca mata’ akhirat. Setiap perkara yang kita buat dalam kehidupan seharian ada 2 sahaja balasan. Dosa atau pahala. Ia membawa kepada syurga atau neraka. Jadi sebelum melakukan sesuatu perkara kena berhenti sejenak dan tanya diri sendiri, “Apa yang aku nak buat ni beri pahala atau mengundang dosa?

Bila dilatih begitu secara tidak langsung kita takkan selalu rasa sakit hati dengan manusia, lebih bertolak ansur dan sentiasa positif dalam hidup. Kita akan jaga pertuturan kita sebab takut sakitkan hati orang yang membawa kepada dosa. Kita takkan mengumpat dan menjaja cerita tidak pasti kepada orang lain sebab ia pasti menambah dosa sedia ada. Kita akan berbuat baik kepada semua orang sebab ia memberi kita pahala. Ia akan berterusan menjadi rutin harian kita.

Aku nak update majlis pernikahan Izyan & Hikshan yang diadakan di kampung aku. Kampung Bukit Changgang:) Jarang sangat2 ada tugasan wedding kat sini. Semua kenal mak ngan abah. Segan. Izyan ni memang ramai sahabat baik yang sama2 meraikan setiap kali salah seorang dari mereka berkahwin. Baju sama sedondon memang jadi trademark mereka semua. Meriah je majlis ada mereka semua:)

Cabaran bila shoot mana-mana majlis pernikahan di rumah ialah kadangkala kita tidak boleh jangka keadaan tetamu dan keluasan tempat nikah tersebut. Ada masanya kita langsung xboleh bergerak sepanjang majlis nikah berlangsung. Kita juga tak boleh suka-suka nak suruh orang ketepi semata-mata nak ambil angle yang kita rasakan terbaik. Ia kurang sopan dan tidak menghormati majlis. Dari situlah pengalaman membezakan antara photographer ni.

Tapi rumah izyan ni luas:) Boleh bebas bergerak. Tahniah Izyan & Hikshan atas ikatan yang terjalan ye. Semoga syurga menjadi tempat kalian berdua kelak berkat dari perkahwinan ini,amin. Tunggu update majlis sanding plak nanti. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Ain & Faizal, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Akhirnya aku berjaya update full entry hari ini. Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ain & Faizal yang diadakan di Restoran Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam. Ain ni sebenarnya officemate aku. 5 tahun lepas masa mula-mula masuk kerja kat sini, dia masuk sekali dengan aku dalam jabatan lain. Jadi kitorang memang agak rapatlah.

Satu perkara yang paling aku suka ialah majlis nikah dan sanding beliau berjalan serentak pada malam yang sama. Jimat masa, wang dan tenaga. Mula-mula majlis pernikahan berlangsung, pastu terus sanding & makan beradap. Selesai semuanya. Sepatutnya lebih ramai orang buat begini sahaja bagi mengurangkan kos perkahwinan yang semakin mahal. Tanpa sedar sebenarnya kos perkahwinanlah yang melambatkan proses berumahtangga pasangan sekarang walhal ianya bukan perkara wajib dalam agama.

Oleh kerana dah lama tak update full entry, aku update banyak sikit harini.


Keluarga Faizal ni datang dari Miri, Sarawak. Faizal ni seorang pegawai polis. Jadi memang ramailah sahabat2 polis datang memeriahkan majlis malam tersebut. Makanan pada malam tersebut memang makanan arab. Berbeza dari majlis lain yang menghidangkan nasi minyak dan masakan melayu:) Aku rasa lokasi majlis ni memang bagus dan sapa2 yang ingin melangsungkan perkahwinan di Shah Alam boleh consider tempat ni sebagai lokasi majlis kahwin selain dewan2 lain.

Malam tersebut aku dibantu sahabat baik aku Zakuan Hasan yang juga officemate aku:) Untuk akhirnya aku doakan semoga ikatan kedua pasangan ini berkekalan selamanya,amin. Pakat hidup baik-baik Ain. Jangan garang2,haha. Jumpa lagi entry akan datang. Wallahua’lam





Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Pernikahan Izar & Linda, Sijangkang

Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang aku berada dalam banyak majlis nikah beberapa tahun lepas ni, ada satu perkara yang memang selalu pasangan pengantin lakukan secara tidak sengaja:) Sama ada perasan ataupun tidak, hanya selepas majlis nikah lah pasangan pengantin tersebut akan panggil mak dan ayah mertua mereka dengan panggilan ‘ayah’ dan ’emak’ berbanding makcik/pakcik. Majoriti pengantin akan masih panggil makcik dan pakcik selepas bernikah,hehe. Ada kawan aku dia masih tersasul panggil makcik even dah seminggu kahwin:)

Aku nak update majlis pernikahan Izar dan Linda yang diadakan di Kampung Sijangkang. Ramai kawan-kawan lama aku ada kat kampung ni sebab sekolah menengah dulu tak jauh dari kampung ni. Tapi tak jumpa sorangpun member aku masa majlis ni,hehe.

Alhamdulillah, majlis pernikahan ni berjalan lancar. Dengan satu lafaz Linda selamat menjadi suri hidup Izar. Aku sebenarnya suka imam dan jurunikah yang memudahkan urusan pernikahan. Tidak seperti zaman dahulu yang menjadi satu mimpi ngeri bagi orang lelaki yang ingin bernikah dengan gadis pilihannya:)

Semoga ikatan suami isteri yang terjalin berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Pakat baik-baik. Perjalanan masih panjang dan kena kenal hati masing2. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Tunggu aku update majlis perkahwinan mereka nanti. Wallahua’lam.


Nota kaki : Berita malam tadi 75% jemaah haji Malaysia dah berada di tanah suci. Semoga mereka semua mendapat haji mabrur,amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Farehah & Irfan, Dengkil

Bismillahirrahmanirrahim

Ketika aku tulis entry ni Syawal tinggal lagi 6 hari je lagi. Cukup-cukup untuk orang yang belum berpuasa 6 untuk dapatkan pahala seakan berpuasa selama setahun. Tapi aku percaya cabarannya lebih besar sebab masa ni lah banyak jemputan untuk jamuan raya sama ada di ofis-ofis ataupun di rumah sahabat-sahabat lain. Setiap tahun pun menghadapi masalah yang sama tapi berapa ramai yang xambil pengajaran. Aku cakap untuk diri aku sebenarnya :)

Kali ni aku update majlis pernikahan pasangan Farehah & Irfan yang diadakan di Paya Indah Wetland, Dengkil. Sebenarnya kampung aku memang tak jauh dari sini tapi aku tak pernah pun masuk,hehe. Macamlah pusat peranginan lain, kalau tanya orang yang duduk dengan Pantai Morib aku rasa ada yang dah 10 tahun xpergi walaupun duduk 2km dari pantai tu. Orang yang jauh-jauh dah sampai yang dekat tak pergi lagi. Eh layan dulu majlis pernikahan mereka ni sebelum aku bertambah mengarut.


Keluarga Farehah ni sebenarnya berasal dari Kelantan tetapi mereka dah menetap lama kat sini. Jadi saudara mara yang datang semua kecek kelate lah:) Sampai aku kena ingatkan diri aku beberapa kali yang aku berada di Dengkil bukan di Kota Bahru,hehe. Keluarga Irfan pula datang dari Hulu Langat yang kebanyakkannya cakap Nogori. Memang bestlah bila berborak:) Oleh kerana ada masa lagi selepas nikah aku shoot sikit outdoor kat dalam Paya Indah Wetland tu.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga ikatan yang terjalin ini diberikan rahmah dan mawaddah oleh Allah dan ia berkekalan bahagia hingga akhir hayat,amin. Tunggu entry majlis persandingan mereka pula selepas ini ye. Wallahua’lam.


Nota kaki : Minggu ni sahabat photographer aku nak kahwin. Aku harap dia tak kaku bila kena shoot nanti,haha.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Syida & Faiz, Banting

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dapat juga aku update blog ni. Satu perkara yang aku kurang gemar bila tiba musim pilihanraya ni kadangkala dah mula nampak sahabat2 yang berpecah. Masing-masing berpegang keras dengan pendapatnya. Ruang bertolak ansur tu sangat sedikit. Alangkah bagusnya kalau keutaamaan diletak untuk jaga ukhuwah/akhlak sertak kekalkan perpaduan umat Islam. Ulama’ muktabar yang membuat ijtihaj berbeza dlm soal ibadah masih menghormati ulama’ lain berbeza. Kita yang berbicara soal ranting kecil boleh sampai putuskan ukhuwah. Nauzubillah.

Kali ni aku update majlis pernikahan dan perkahwinan Syida & Faiz yang diadakan di Telok Dato’ Banting. Rasa seronok je dapat shoot kat kampung halaman sendiri :) Pernah bayangkan tak bapa mertua korang tu kerja sebagai tok kadi? Itu yang berlaku kat Syida ni,hehe. Bapa dia memang mempunyai tauliah menikahkan orang. Jadi bila time anak sendiri diapun jadi jurunikahnya :)

Bagi aku nasihat kepada menantu ni lebih baik bapa perempuan yang bagi kalau mereka ada ilmu. Bukan apa, lebih terkesan dalam hati. Lebih2 lagi sebelum beliau serahkan tanggungjawab anaknya kepada suami.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz Syida manjadi milik Faiz yang halal dan sah. Sebagai seorang photographer aku bertuah menjadi salah seorang saksi dari pasangan pengantin yang aku shoot hampir setiap minggu. Kadangkala akupun boleh sebak sama selepas majlis nikah tu,hehe.

Ramai gak aku jumpa orang-orang kampung aku yang datang majlis ni. Ramai sangat tetamu yang datang majlis ni. Mungkin sebab bapa Syida ni memang dikenali oleh orang di kawasan sekeliling Banting ni.


Sesi outdoor macam biasa kalau kat area Banting ramai yang buat kat area Kelanang. Aku pun follow je. Lagipun dah lama aku tak pergi kat Pantai Kelanang ni. Mana taknya, rumah aku sekarang jauh lebih 80km nak sampai sini. Tempat ni memang jadi tumpuan pasangan pengantin shoot outdoor. Paling banyak aku pernah tengok sampai 7-8 pasangan pengantin. Jenuh nak keluarkan orang lain dari frame kita,hehe.


Gambar last ni kitorang bergambar bersama pengantin dan team videographer. Guna tripod tak reti nak lompat bila,haha.


Untuk akhirnya, aku berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga Syida atas kerjasama yang baik sepanjang bekerjasama. Tahniah kepada pasangan pengantin ni. Aku doakan semoga ikatan ni berterusan sampailah ke syurga nanti,amin. Pada majlis ni juga aku ditemani team La Televisio yang diketuai oleh sahabat aku Azli. Ni kali kedua aku bekerjasama dengan beliau.

Kalau sapa2 perlukan khidmat video bolehlah hubungi beliau. Tapi nak bagitau jadual dia tahun ni dah penuh rasanya,hehe. Hot dia ni macam goreng pisang panas. Insyaallah ada masa boleh bekerjasama lagi ye Azli :) Jumpa next entry. Wassalam.



Nota kaki : Ada masa aku nak tulis tentang perselisihan di kalangan sahabat selepas kewafatan Rasulullah. Tentang Perang Jamal (Ali vs Aisyah) dan Perang Siffin (Muawiyah vs Ali). Tunggu ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Natasha & Jamil, Meru Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Beberapa hari lepas aku ada terbaca komen-komen dari sebuah video ceramah agama di Youtube. Video itu baik pengisiannya tetapi mereka bergaduh menegakkan ustaz mereka yang lebih betul dari ustaz yang lain. Subhanallah. Cabaran umat Islam sekarang sangat besar dengan aliran pemikiran barat dan timur bercampur. Perbezaan pendapat memang berlaku dalam banyak perkara termasuk perkara agama.

Dengan kekuatan umat Islam yang sederhana, ilmu yang kita wajib ada dalam menuntut ilmu ialah belajar cara menangani perbezaan pendapat. Utamakan pendapat jumhur ulama’ dan berlapang dada dalam perkara yang tidak melibatkan aqidah dan ibadah. Lebih-lebih lagi jika berpegang kepada dalil atau nas yang berbeza. Pertimbangan seperti ini mampu kekalkan ukhuwah dalam ketidaksepakatan dan percanggahan dalam perbezaan tersebut. Wallahua’lam

Kali ni aku nak update majlis pernikahan Natasha dan Jamil yang diadakan di Meru, Klang. Kabeh wong jowo:) Jamil pula orang banjar dari area belah-belah Sekinchan sana. Pertama kali juga dalam hantaran aku tengok Jamil beri satu dulang bahan makanan mentah seperti bawang, beras, gula, garam, cili, sardin dll. Walaupun cuma simbolik tapi sangat berbeza. Layan sedikit majlis beliau ni.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz Jamil dan Natasha selamat diijab qabulkan menjadi pasangan suami isteri yang sah. Hubungan yang mudah mendapat pahala sekiranya keduanya sama-sama jadikan matlamat akhir untuk ke syurga. Tahniah untuk korang berdua :) Oleh kerana aku sorang-sorang cover majlis ni dan takde teman berborak maka aku telah makan dua kali iaitu sebelum dan selepas majlis!! Bukan salah aku, bapak Natasha yang offer, aku xnak kecikkan hati dia,hehe. Takpe sebab aku dah gemuk! Orait, tunggu full entry majlis persandingan beliau next week ye. Wassalam.


Nota kaki : Jangan lupa bayar income tax kepada LHDN. Dalam kuliah aritu selain kewajipan berzakat, kita juga perlu bayar tax untuk pastikan pemerintah mempunyai sumber kewangan cukup untuk tadbir negara. Soal lain biarlah mereka jawab dengan Allah.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Mila & Azrul, Tanjong Karang

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu ni aku agak sibuk dengan beberapa kerja di kantor yang memerlukan komitmen tinggi. Ada banyak hari aku tak masuk ofis sebab outstation. Memandangkan kerja-kerja buat album sedang giat dilaksanakan dalam 2-3 minggu ni maka aku juga tak dapat nak upload banyak gambar buat masa ni. Aku aku sedaya upaya bahagikan masa supaya blog ni tidak bersawang,hehe.

Aku nak update dulu majlis pernikahan pasangan Mila & Azrul yang dijalankan di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang. Ramai sahabat-sahabat aku yang tinggal kat kampung ni. Jadi aku tak rasa janggal bergaul dengan orang sini sebab dah biasa walaupun jarak dari kampung aku lebih 100km jauhnya. Lagipun semuanya jawe kok:)


Paling best sebenarnya aku dapat cabaran baru sebab Azrul ni tinggi sangat. Lagi tinggi dari aku (macamlah aku tinggi sangat:P Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan pengantin Mila & Azrul yang diraikan. Nanti aku update majlis bersanding dan outdoor mereka pula ye. Tunggu.


Nota kaki : Setakat petang ni aku dah reply semua email2 yang bertanya. Kalau ada yang masih belum terima bagitau semula ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe