Penggunaan Kit Lens

Bismillahirrahmanirrahim,

Ada seorang kawan aku mengeluh tidak dapat hasilkan gambar yang baik menggunakan kamera DSLR dan kit lensnya. Kit lens ni merupakan lens yang biasanya datang bersama body kamera. Biasanya ia mempunyai bukaan aperture maksimum yang kecik dan kualiti glass/kaca lens yang sederhana. Ia juga lens yang murah berbanding lens2 lain. Tapi bagi aku ia tak sepatutnya jadi penghalang nak hasilkan gambar yang baik kalau tahu cara memakainya. Jangan hanya tahu beri alasan.

Dulu masa aku mula-mula pegang kamera aku cuma ada kit lens ni selama beberapa bulan. Ia ringan dan bleh cover semua perkara yang aku nak. Aku guna sampailah aku dah rasa limitasi lens tu. Pastu barulah aku terfikir untuk upgrade lens lain yang lebih baik. Tapi sebenarnya aku masih lagi gunakan kit lens sampai sekarang. Ni contoh gambar yang aku amik gunakan kit lens 18-70mm. Nampak ke pakai lens apa dalam gambar2 ni? hehe. Chap ayam pun bole maa..



Untuk pengetahuan, fast lens dan high performance lens yang mahal2 tu biasanya berat. Sebab tu korang tengok photographer ni biasanya tangan diaorang besar2. Tapi bukan tangan jelah besar sebab badan diaorang pun turut sama membesar terutamanya tang perut,hahaha. Jangan salah faham, kata orang perut besar a.k.a boroi tu berfungsi macam ‘balast’ kat kapal selam tulah. Ia membuat photographer boleh ambil gambar shutter 1/20 saat atau lebih rendah dengan stabil tanpa gegaran,hehehe *dah start mengarut nih..

Nota kaki : Aku ngah belajar Cascading Style Sheets (CSS) ni untuk projek ofis aku tahun ni. Sapa yang terer aku nak bergurulah,huhu.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com