Majlis Perkahwinan Falin & Amin

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, dapat gak aku menulis lagi kat blog ni. Kebelakangan ni memang aku sangat bizi ngan kerja kat ofis dan kursus. Kekadang satu hari tak masuk ofis langsung. Akukan masih hidup kat zaman batu, takde internet connection kat umah,hehe. Takpelah, aku tak rasa rugipun sebenarnya sebab dapat habiskan masa berkualiti dengan keluarga, kawan2 dan melakukan kerja2 lain dari menghadap komputer je :P

Kali ni aku nak update sedikit lagi tentang majlis perkahwinan junior sekolah aku dulu Falin & Amin. Kalau nampak gambar pelik sikit tu memang disengajakan sebab aku masih berekperimentasi dalam gambar tersebut,ceewaahh..:)



Kekadang tanpa kita sedar, kita telah jauh dari agama dek kerana mengejar kehidupan ni. Benda camni adalah normal sebab iman seseorang memang boleh berkurang dan bertambah. Sebab tu kita dianjurkan mendengar kuliah agama, majlis ilmu dan sebagainya at least sekali dalam seminggu. Walaupun kita dah dengar berulang-ulang kali peringatan tersebut, tapi ada masanya ia masih dapat sedarkan kita tentang sesuatu yang kita lupa.

Teringat dulu pernah ikut orang2 tabligh masa belajar. Keluar 3 hari dengan niat nak perbaiki diri. Walaupun ada benda yang aku tak setuju dengan cara mereka tapi pengisian sepanjang masa tu memang betul2 jadikan kita orang lebih baik. Aku rindu suasana tu dalam kesibukan aku sekarang ni. Sebab tu kita kena hargai nikmat ” waktu lapang, sebelum sibuk..”, Wallahua’lam.


Nota kaki : Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapatkan lens yang aku cari selama ini :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com