Kenapa aku pilih Mac bukan PC?

Bismillahirramanirrahim



Hey!! I still alive. mind you :) Terasa macam dah lama plak tak update blog. Sebenarnya bila komitmen kerja datang, aku memang terpaksa utamakan dulu berbanding kerja2 lain. Alhamdulillah, aku dah dapat benda yang aku idam-idamkan sejak dari tahun lepas. Sebelum ni setiap kali lalu kat Machine Store kat MidValley tu aku hanya mampu pandang je iMac yang display tu sambil kelip2 mata. Sekarang dah ada sendiri kat rumah walaupun cuma 24″, yeaay:)

Ya, iMac memang takde tower macam CPU Casing tu :)


Kenapa aku suka Mac berbanding PC ? Emm sebenarnya aku dah guna Macbook white sejak 2 tahun lepas. Jadi memang aku dah familiar dengan OS X Leopard ni. Ada 5 SEBAB UTAMA aku suka Mac berbanding PC. Mungkin boleh jadi panduan kat korang yang tak pernah pakai Mac.

  1. Sepanjang aku guna Mac aku tak pernah install antivirus apa-apapun. Aku tak terganggu lagi dengan antivirus yang suruh update selalu dan sebabkan PC lembab. Aku juga tak perlu risau ketika surfing internet ataupun masukkan pendrive kat USB komputer. Pendrive yang penuh viruspun rileks je buka sebab virus tu tak effect langsung kat Mac platform. Mac almost free virus.
  2. Multitasking Mac memang takde tandinganlah bagi aku melainkan high-end PC spec. Aku boleh buka program berat2 seperti Adobe Photoshop CS3, Flash CS3, After Effect CS3, Sound Forge, Dreamweaver, Sony Vegas 8.0 dan Mozilla (lebih 8 tab) simultaneously dengan lancar. Kalau guna PC biasa mesti ‘hang‘ ataupun PC jadi slow sangat.
  3. Aku suka kestabilan platform Mac ni. Tak pernah crash. Aku memang tak perlu format 2-3 kali setahun seperti dulu kalau PC dah jadi lembab gila. Pastu kena re-install semua software, huhu. Aku juga dah lebih selesa guna OS X Leopard (soon upgrade to Snow Leopard) berbanding Windows XP, Windows Vista ataupun Windows 7. Tapi ni hanya personal preference aku.
  4. Design produk Apple. Biasanya produk2 Apple memang diketahui berkualiti tinggi dan teknologi nya lebih kehadapan (biasanya manufacturer lain tiru slps Apple perkenal teknologi tu). Tengok saja produk2 cam iPhone, iPod, iPad, Macbook dan iMac. Ada kelasnya tersendiri. 5 tahun lepas aku dah kagum camne Apple buat iMac tanpa Tower yang berat2 macam PC kat rumah aku. Hanya Monitor+Mouse+Keybord, itu je!! Harddisk+RAM+Speaker+USB+DVD RW semua letak kat monitor yang nipis tu.
  5. Aku tak suka monopoli. Tak kisahlah dalam apapun. Microsoft dan Bill Gates dah menguasai dunia dengan produk2nya sampaikan semua orang bergantung kat produk dia dari dulu!! Aku suka berbeza:) Sebab tu juga aku tak suka Manchester United, Team Brazil, Ferrari, Tiger Woods, LA Lakers, Amerika Syarikat dan sewaktu dengannya. Aku tak suka monopoli..

Aku harap korang dapat sedikit gambaran kenapa aku prefer platform Mac berbanding PC :) Orang selalu cakap kalau dah pakai Mac takkan pakai PC lagi. Aku sangat setuju dengan pernyataan tu sekarang!! Buktinya aku sanggup kumpul duit dari tahun lepas semata2 untuk beli benda kat atas ni walaupun aku boleh beli high-end PC bila-bila masa..:)


Nota kaki : PC kat sini aku merujuk yang guna platform Windows. bukan guna Linux, Unix dsb :) Jom kita banyakkan selawat ke atas junjungan besar, Rasulullah tercinta Muhammad S.A.W di hari jumaat yang mulia ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Aku Kembali Kerja :)

Bismillahirramanirrahim


Aku dah start kerja. Selain kerja-kerja ofis yang semakin menimbun, akupun akan siapkan album customer2 aku sebelum ni. Ada 3 album lagi yang perlu disiapkan,huhu. Sebenarnya masa banjir aritu hard disk PC yang aku buat editing kat rumah tu rosak :( jadi aku kena buat semuanya sekali lagi *dugaan betul. Nasib aku ada back-up gambar asal kat tempat lain, kalau tak mampus keras aku,huhu.


Bulan 5 ni jadual aku dah penuh. Dan yang bestnya aku dapat job pertama kat Perak nanti *yeeayy. Terima kasih kepada yang sudi bertanya/minta quotation ye. Maaf tak dapat penuhi semua permintaan. Korang booking lah awal lain kali ye :)

Mungkin aku tak dapat update secara kerap pasni sebab nak struggle siapkan album-album tersebut. Syukur alhamdulillah walaupun masih baru dalam bidang ni tapi dah diberi kepercayaan merakam detik bahagia korang. Aku akan buat yang terbaik untuk semua pelanggan-pelanggan aku. Doakan aku kengkawan ye, chaiyok2!!


Nota kaki : Aku tak dapat publish gambar beberapa customer aku sebab diaorg tak beri kebenaran gambar mereka dipaparkan di sini. Jadi aku kena hormati permintaan mereka walau blog aku takde update gambar kahwin selalu..:)

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com