Wedding Nona & Yassar, Klang

Bismillahirrahmanirrahim



Aku rasa penat sekarang. Banyak kerja kena buat dalam masa sama. Tapi rasa bertuah sebab syarikat hantar aku training sepanjang minggu untuk tingkatkan pengetahuan dalam bidang IT ni. Bila sesekali datang training ni fikiran kita berkembang, pengetahuan kita bertambah dan kita boleh lihat masalah dari sudut berbeza berbanding sebelum ni.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nona & Yassar yang di adakan di Klang :) Nona ni pun kreatif gak orangnya tau. Banyak persiapan dalam bilik pengantin, hiasan kat khemah dan sebagainya dilakukan sendiri olehnya. Paling aku suka latern yang tergantung-gantung kat khemah tu. Memang nampak sangat nice lah,hehe.

Majlis Nona ni berlangsung sekali ngan majlis abang beliau. Tapi aku hanya cover Nona & Yassar je sebab abang dia ada team photographer nya sendiri. Layan sikit sekitar majlis diaorang ni.

Aku seronok bekerjasama dengan diaorang ni. Biasa memang pengantin malu-malu nak pose depan photographer. Tapi insyaallah lama-lama ok dah. Itulah perlunya berjumpa dengan photographer sebelum majlis supaya ada keserasian semasa bekerjasama nanti. Tahniah aku ucapkan kepada kedua pasangan ni. Semoga hidup bahagia hingga akhir hayat,amin. Terima kasih juga kepada 2 orang sahabat aku Atong dan Halim yang sama-sama bantu aku shoot majlis Nona ni.



Nota kaki : Ini juga auto-post entry. Minggu depan baru live update,hehe. Terima kasih atas pertanyaan tentang majlis ye. Insyaallah aku jawab satu persatu. Aku perlu utamakan komitmen kerja yang lebih utama.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Majlis pernikahan Nona & Yassar

Bismillahirrahmanirrahim


Kali ni aku nak update majlis pernikahan Nona & Yassar. Nona ni ada blog sendiri yang cerita khusus tentang persiapan majlis perkahwinan beliau [ Bukan Cinta Monyet ]. Sekarang blog B2B camni dah jadi satu trend kepada bakal pengantin :) Mereka wujudkan satu komuniti yang bersama-sama memberi idea dan pandangan serta mendapat inspirasi dari bakal pengantin lain. Bagus bukan?

Atas sebab tu juga pasangan Nona & Yassar ni dah book aku awal-awal lagi. Dengan berbuat demikian diaorang dapat harga aku yang lama yang takkan dapat lagi sekarang :) Banyak benda DIY yang Nona buat dalam majlis perkahwinan dia. Pelamin, deco dan barang-barang hantaran untuk nikah ni pun dia buat sendiri tau :)

Layan sikit sekitar majlis pernikahan diaorang ni.

Yassar ni memang ceria orangnya tau. Suka buat lawak dan asyik tersenyum je. Tapi masa nikah muka dia asyik berkerut je, hehe. Tapi alhamdulillah majlis semua berjalan lancar dan Yassar dapat lafaz nikah sekali je. Semoga ikatan yang terbina ni berkekalan bahagia selamanya, amin. Tunggu aku update full entry majlis perkahwinan diaorang pula ye :)



Nota kaki : Ini auto-post entry sebab aku ada kursus hingga hari khamis ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

2 tahun berlalu

Bismillahirrahmanirrahim



Mohon maaf sebab tak dapat update full entry majlis perkahwinan Dila & Daus kali ni. Aku sedang dalam training beberapa hari dalam minggu ni. Biasalah kat mana2pun ramai yang kena datang training akhir-akhir tahun untuk lengkapkan jadual latihan kakitangan dalam tahun tersebut :)

Teaser wedding Nona & Yassar, Kelana Jaya


Aku nak kongsi satu perkara hari ni. Bulan depan genap 2 tahun aku berada dalam industri wedding photography. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Memang ada beberapa perkara aku perlu perbaiki lagi. Hakikatnya aku memang sentiasa belajar sebab dalam proses menjadi lebih baik semestinya ada kesilapan dan kesalahan yang aku sedar maupun tidak. Aku anggap tu sebagai satu proses pembelajaran.

Tadi aku sempat kira sejak 2 tahun ni aku dah shoot lebih 50 pasangan pengantin. Bukan satu jumlah yang kecil. Kalau aku main-main dah lama berkubur kerja ni. Dulu masa mula-mula aku save nama client dalam hp, aku letak nama dia sahaja. Contohnya ain. Sekali dah ada lebih 5 client nama ain terus pening aku nak cam ain mana yang call aku ni,hehe. Kekadang client minggu ni tapi masih panggil nama client minggu lepas :P

Aku rasa aku akan tetap target golongan pertengahan sebagai client aku. Entah kenapa aku kurang berminat nak shoot gambar golongan atasan mahupun orang-orang ternama. Akupun tak suka terkenal dalam bidang ni, serius. Cukuplah sekadar client2 hargai kerja aku dan berpuas hati dengan hasilnya. Aku selesa begitu dan insyaallah akan kekal begitu. Terima kasih atas sokongan semua.


Nota kaki : Nona juga adalah seorang pengantin yang ada blog B2B :) Nantikan full entry ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/