Tentang Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas aku berpeluang melawat Jakarta-Bandung dalam lawatan kerja bersama sahabat-sahabat ofis. Satu perkara yang buat aku tersentuh bila berada di sana ialah melihat bagaimana sesetengah mereka melakukan apa jua perkara bagi mendapatkan sesuap nasi untuk makan. Jurang antara yang kaya dan miskin terlalu jauh dan perbezaan tersebut sangat ketara.

Ketabahan, kecekalan dan semangat mereka mendapatkan rezeki sangat dikagumi. Seorang lelaki tua lingkungan 50an (baya bapa2 kita) yang aku jumpa hanya memperolehi sekitar RP25,000 (RM9) sehari untuk kerja berat seharian selama 12 jam membuat jambatan. Beliau datang dari jauh dan bermalam di bawah jambatan yang dibinanya semata-mata untuk menyara keluarga yang jauh di kampung. Itu belum kanak berumur 5-6 tahun yang turut bekerja untuk mendapatkan duit.

Aku ada beberapa gambar snap-shoot yang aku tak edit untuk dikongsi bersama sebagai renungan kita bersama dan membuat perbandingan dengan kita.



Cubalah bayangkan kalau Allah takdirkan dulu kita dilahirkan dalam keluarga yang dhaif dan tinggal di negara seperti itu. Bapa kita miskin, ibu kita miskin. Tak mampu nak sekolahkan kita. Tak mampu belikan kita pakaian yang cantik. Tak mampu sediakan tempat tinggal yang sempurna. Setiap kali bangun tidur tidak pasti sama ada hari ini dapat makanan ataupun tidak. Apatah lagi memikirkan tentang hidup bermewah dan membazir. Jauh sekali.

Cubalah lihat keliling kita sekarang. Nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pakaian kita, makanan kita, kenderaan kita. Berapa kali kita berterima kasih kepada Allah untuk itu? Bila kita membazir dan membuang makanan pernah tak kita terfikir ada orang lain yang tidak diberikan nikmat dan rezeki sama seperti kita. Itupun selalu rasa kekurangan berbanding orang lain. Malulah dengan Allah.

Kesimpulannya, sentiasalah beringat dan bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Dalam agama Islam, pendapatan/gaji kita setiap bulan bukanlah sepenuhnya milik kita. Ada HAK dan rezeki orang lain yang Allah kurniakan melalui jalan rezeki kita. Allah nak uji keimanan kita melalui rezeki harta tersebut. Zakat 2.5% satu-satunya cara yang dapat bersihkan pendapatan kita. Cubalah bayangkan orang yang miskin dan cacat itu sempurna segalanya, mungkin mereka duduk di tempat kita sekarang. Wallahua’lam.



Nota kaki : Kira hak orang lain dalam rezeki kita? KLIK SINI.

Nota kaki 2: Bulan Allah Rejab dah kembali. Kurang 2 bulan Ramadhan akan menjelang. Rasulullah paling banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain. Jom ikut Rasulullah :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com