Wedding Isma & Halim

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Isma & Halim yang diadakan di Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Isma ni ofismate aku dan Halim ni pun sebenarnya ex-ofismate gak merangkap ketua pasukan bola sepak ofis kitorang, hehe. Selagi aku tak update ni budak2 ofis asyik tanya je :P

Ada cerita best masa majlis nikah diaorang ni:) Oleh kerana Isma datang lewat ke masjid, imam jurunikah tu suruh si Halim ni baca khutbah nikah dari mula sampai habis!! Nasib baiklah si Halim ni terer gak baca tulisan jawi dan arab, lancar je. Kalaulah pengantin lelaki tu tak reti kan buat malu je,hehe. Ada kes kat tempat aku pengantin perempuan lambat, imam teruskan je majlis sebab wali dah ada. Bila pengantin perempuan sampai majlis dah selesai. Jadi hati2 kepada bakal-bakal pengantin ye.

Layan sikit gambar majlis tersebut :


Majlis persandingan dijalankan pada keesokkan harinya. Sebenarnya ada majlis berinai dan tukar-tukar baju tapi aku tak dapat nak masukkan sebab banyak kerja sekarang ni. Sebenarnya aku macam tak percaya je si Halim ni boleh bagi kerjasama yang baik dengan aku, hehe. Sebab Halim ni jenis lelaki maskulin yang tak main jiwang2 dan tak reti nak bergaya-gaya ni, hahaha.

Kalau korang tengok dia main bola memang gerunlah tengok dia marah orang. Selepas pindah dari ofis aku, diapun jadi kapten kat tempat kerja baru dia. Ofis aku punya team bola dah kurang kekuatan hampir 40% dengan ketiadaan dia, huhu. Eh ni entry wedding bukan cerita pasal bola!!! Ok, majlis dia berlangsung meriah dan ramai sahabat ofis hadir sama. Isma ni anak ke 8 dari 9 orang adik beradik dia. Jadi boleh bayangkan betapa ramai tenaga kerja dikalangan adik beradik dia, hehe.


Sepanjang aku jadi photographer aku tak pernah nampak lagi orang buat outdoor wedding kat Pulau Carey. Jadi aku ajak diaorang ke sini. Pantai ni bukanlah pantai orang mandi2 tapi aku tengok kawasannya memang sesuai untuk amik gambar. Jadi layan sikit gambar outdoor diaorang ni. Rasanya aku terpaksa tangguhkan hasrat beli lens 85mm f1.4 dan jual tele aku sebab aku rasa memang berguna sangat tele ni, hehe.


Untuk akhirnya, tahniah untuk sahabat aku berdua ni. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Halim, jaga Isma bebaik. Jangan bawak gi tengok bola je, hahahaha. Terima kasih kepada sahabat-sahabat terbaik aku Zakuan, Saipi dan Echik yang sudi temankan aku shoot majlis diaorang ni. Korang memang bestlah!! Jumpa lagi dalam entry akan datang :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Kebelakangan ni aku dapat banyak pertanyaan yang referral dari blog bride-to-be (B2B) yang banyak sekarang. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka semua. Insyaallah ada masa nanti aku buat entry pasal ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com