Hasif & Fara, Telok Panglima Garang

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dapat gak aku update sesuatu kat blog ni. Aku bercuti agak lama kerana majlis perkahwinan adik aku. Letihnya mengendalikan majlis tersebut masih belum hilang sampai sekarang. Bila buat secara rewang ni, tenaga yang diperlukan lebih banyak terutama persiapan sebelum majlis berlangsung dan setelah selesai majlis.

Namun walau banyak cabarannya tanpa sedar ia juga mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Jarang dapat bekerjasama bersama-sama adik beradik beli barang kahwin, selesaikan masalah yang timbul dan mengemas rumah bersama-sama satu keluarga melainkan ada aktiviti penting dalam keluarga. Hubungan antara saudara mara serta penduduk kampung juga semakin erat. Peluang untuk bersedekah lebih banyak. Semua tu dikira satu ibadah yang mengurangkan rasa penat tersebut:)

Memandangkan Ramadan semakin hampir dan takde shoot wedding, jadi aku simpan sikit2 beberapa entry supaya dapat terus update blog ni. Ni majlis bertandang pasangan Hasif & Faradilla yang diadakan di Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Kawasan yang aku selalu lalu semasa balik kerja masa bujang2 dulu,hehe. Sesi outdoor kitorang buat kat Pulau Carey berhampiran rumah Hasif tersebut.

Sebenarnya banyak aku nak cerita lagi. Tapi tunggulah dalam entry akan datang. Untuk akhirnya terima kasih banyak-banyak kepada kedua pasangan ini yang memberikan kepercayaan untuk aku shoot hari berbahagia mereka. Semoga ikatan suci suami isteri ini berbekalan bahagia sampailah ke syurga Allah nanti. Mohon maaf juga atas kesilapan dan keterlanjuran sepanjang bekerjasama:) Wallahua’lam.

Wassalam.

Wedding Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Tanpa sedar Ramadan dah hampir tiba. Masa aku tulis ni dah 21 Rejab 2014H. Rindu nak bersahur, bertadarus, tarawikh, berbuka puasa dan suasana kebaikan pada bulan Ramadan. Atas kekangan kerja di ofis, bos tak izinkan aku kerjakan umrah tahun ni. Walaupun sedikit kecewa tetapi aku percaya ada hikmah disebalik perkara itu. Sebenarnya antara impian aku nak habiskan sebulan Ramadan di Makkah bersama wifey. Mudah-mudahan tercapai satu hari nanti.

Kali ni aku nak update majlis persandingan Fara & Hasif pula. Walaupun shoot berseorangan tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis meriah, DJ best macam suara Andy Hakim, pengantin ceria, kawan-kawan sporting semuanya memudahkan kerja. Aku dah cuba beberapa tone yang ‘in’ sekarang. Tapi akhirnya aku lebih suka neutral colour dalam editing aku:) Lebih sesuai sepanjang masa.

Sesi outdoor kitorang buat kat Putrajaya. Sebab petang tu hujan lebat. Kitorang kena cari tempat boleh berteduh dan amik gambar. Jadi aku pilih kat tempat yang dah beberapa tahun aku tak shoot:) Selepas hujan reda kitorang sambung sikit kat Taman Botani. Untuk akhirnya, mari sama-sama kita doakan semoga pasangan ini dipermudah urusan hidup bersama di dunia sampailah ke akhirat nanti. Bahagia dan menyayangi antara satu sama lain sampai akhir hayat mereka,amin.

Aku akan super bizi dalam 2 minggu akan datang. Urusan kerja di ofis dan urusan keluarga. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan kesihatan aku sahabat2:) Semoga berjumpa lagi insyaallah.

Wassalam