Majlis Perkahwinan Anne & Zul

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku kekadang pelik kenapa setiap kali selepas cuti panjang rasa malas je nak kerja,hehe. Pagi tadi atas motor mengelamun sampai terlepas simpang nak masuk highway Elite laluan gi kerja. Masalahnya dah 5 minit baru aku sedar,hahaha. Baru aku terfikir “Err Aku nak pergi mana ye lalu jalan ni?”. Bengong betul…

Hujung minggu lepas aku jadi jurugambar kahwin member ofis aku kat Jeram, Kuala Selangor. Aku cover dari bernikah, malam berinai dan majlis persandingan. Anne ni kalau korang call talian Khidmat Pelanggan LZS besar kemungkinan dia yang jawab sebab dia kerja jabatan tu. Tapi kalau korang telefon balai bomba dia takkan jawab sebab dia tak kerja sana,haha *apa aku melalut ni. Korang layanlah gambar2 dia dulu.


Kat tempat aku jarang ada malam berinai. Tak pernah adapun aku rasa sejak aku kecik dulu. Ni budaya orang melayu. Aku bukan melayu, aku orang jawa,hehe. Yang bestnya kalau jadi jurugambar ni korang boleh tengok budaya dan adat tempat lain. Sebab lain tempat lain budaya dan adatnya. Mungkin kalau aku amik gambar kat Afrika budaya diaorang lain gak. Mungkin malam berinai jadi malam “mambang mabuk minum todi”,hahaha.


Suami Anne berasal dari Negeri Sembilan. Sepanjang den kenal orang nogori ni semuo ramah2 belako. Kek ofis den ni orang nogori lah yang paling meriah. Tapi den tengok si Zul punyolah pemalu orang eh. Den ghaso macam nak bagi seploh ringgit je nak suh dia sonyum,hehe (gurau je zul).


Cukuplah tu, nak tengok lagi tunggu album siap. Tapi mintakla kat Anne,hahaha. Aku doakan semoga korang berdua berbahagia hingga akhir hayat,amin. Hari tu aku dibantu oleh dua orang member yang tag ngan aku. Ajey Devgan dan Ejal hensem. Dua2 dari Kg Sri Tiram Jaya, Tanjung Karang,ceewahh. siap promote kampung lagi. Terima kasih untuk korang berdua yang sama2 belajar ngan aku. Ok, have a nice day semua, Callo bête. Kahona Pyar He (akupun tak tau apa maksudnya, belasah je).

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com