Cerita korban (18SG)

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku dapat menumbangkan seekor lagi lembu peliharaan sebagai korban. Kat kampung aku ada 9 ekor termasuk 2 ekor yang dibuat secara perseorangan di rumah. Pengalaman tengok lembu disembelih dari kecik membuatkan aku dah terbiasa lihat secara dekat proses sembelihan tersebut. Rasanya ramai yang makan daging selama ini tidak pernah nampak bagaimana proses tersebut dilaksanakan :)

Sebenarnya dah lama aku tak join penduduk kampung bergotong-royong sebab dah duduk tempat lain sekarang. Tapi bila sesekali dapat dengar gurauan orang-orang tua, gelak ketawa diaorang dan telatah diaorang memang rasa rindu sangat. Dengan usia mereka semakin tua, mungkin satu hari nanti benda tu akan jadi kenangan aku pada masa hadapan.

Layan sedikit gambar ibadah korban kat kampung aku :


Bila kita merayakan hari yang bersejarah ini, secara tidak langsung ia mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail satu masa dahulu. Berapa ramai ibu bapa berani meletakkan pisau tajam kat leher anak mereka? Apatah lagi menghiris leher mereka. Bagaimana kalau ia arahan dari pencipta kita Allah? Dari situ boleh tahu tinggi rendah iman kita sekarang.

Pada masa kini, pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit amatlah dituntut dan ia memerlukan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri. Besar atau kecil sumbangan kita bukan persoalan kerana Allah tidak melihat dari sudut itu. Marilah kita mensyukuri segala nikmat atas rezeki dan kesihatan yang baik yang diberikan oleh Allah kepada kita semua. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!



Nota kaki : Takbir raya haji adalah ‘Takbir Muqaiyad’ (mengikat) iaitu dilakukan selepas setiap kali solat fardhu/sunat dari Solat Subuh 10 Zulhijjah sampai Solat Asar 13 Zulhijjah. Jom bertakbir banyak2.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/