Assalamualaikum wbt

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku ni. Aku adalah seorang part-time photographer. Bekerja sepenuh masa di Lembaga Zakat Selangor sebagai Pegawai Sistem Maklumat dah lebih 5 tahun sekarang :) Biasanya aku ambil gambar wedding dan kadangkala ada juga family potraiture dan baby potraiture bergantung kepada permintaan.
Sedikit maklumat ringkas tentang aku :
- Nama penuh aku Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim. Tapi member2 panggil Acaii je, mungkin sebab muka aku ada ala2 cina atau pelakon korea, wakakaka, perasan sudah.
- Aku keturunan jawe dan fasih berbahasa jawe. Itulah datangnya nama Acaii Jawe :)
- Dulu aku sekolah menengah di sekolah agama. Jadi bolehlah faham sikit2 kalau orang bertutur bahasa arab atau baca tulisan arab sikit2. Tapi kat universiti aku belajar bidang lain, huhu.
- Aku dah berumahtanga pertengahan tahun 2009 dan menetap di Lembah Klang :)
- Aku merupakan self-taught photographer. Aku banyak belajar dari majalah, internet disamping kawan-kawan photographer yang lain. Aku percaya dengan minat mendalam dalam bidang ni dan sentiasa memperbaiki kemahiran aku dalam bidang ni akan membantu aku hasilkan gambar terbaik untuk semua client aku.
- Aku sangat suka dengan apa yang aku buat sekarang walaupun kekadang memang tak cukup rehat dan tido, hehe. Aku suka berjumpa dan berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru dikalangan client.
- Bila ada kelapangan aku memang suka main futsal dan bola sepak ngan budak2 ofis dan kampung. Dulu masa sekolah menengah pernah wakil team bola sepak daerah ke peringkat negeri. Memang aku gila bolalah senang cerita. Team aku Chelsea yang aku support sejak sekolah menengah dulu. Dari tahun 1996 semasa Zola masuk sebagai player Chelsea.
- Sekarang aku gunakan kamera Nikon untuk shoot semua job aku. Walaupun bukan kamera yang high end dalam pasaran tapi aku tak jadikan itu alasan untuk membataskan kreativiti aku untuk ambil gambar. Aku akan cuba push to the limit menggunakan gear yang aku miliki, insyaallah.
Sekiranya berminat dengan hasil kerja aku, boleh hubungi aku melalui form yang ada. Insyaallah aku akan respond secepat mungkin. Kita boleh jumpa untuk lihat sample album dan berbincang tentang pakej yang sesuai dengan budget korang semua :)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
