Cerita tentang Abdulrahman

Bismillahirrahmanirrahim


Aku nak kongsi satu kisah sahabat yang aku dengar dari satu kuliah baru-baru ni. Tentang sahabat Rasulullah yang bernama Abdulrahman bin Auff. Beliau merupakan seorang sahabat yang terkenal dengan kekayaan dan kepandaiannya dalam bidang perniagaan. Sebelum berhijrah ke Madinah, beliau adalah seorang hartawan yang membantu agama kita ini berkembang menggunakan seluruh hasil kekayaan beliau.

sueteaser2

Teaser wedding Sue & Fadzly



Semasa seruan untuk berhijrah ke Madinah, tanpa ragu-ragu beliau telah meninggalkan seluruh kekayaan yang dimilikinya di kota Mekah untuk bersama Rasulullah berhijrah. Semua harta dan pernigaannya ditinggalkan demi perkembangan agama Islam. Apabila sampai di Madinah, beliau telah ditawarkan oleh seorang hartawan di kota Madinah untuk menerima separuh kekayaannya supaya beliau boleh terus berniaga di situ. Tetapi beliau telah menolak dan meminta ditunjukkan lokasi pasar untuk beliau cuba mula berniaga semula di kota Madinah.

Berkat kebijaksanaan, kejujuran serta kemahirannya dalam bidang perniagaan, kedai beliau semakin lama semakin besar. Malah dikatakan hampir separuh daripada pasar Madinah tersebut dimiliki oleh beliau dalam masa beberapa tahun sahaja. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh sahabat nabi ini.

Kesimpulannya, kaya atau miskin, berharta atau sebaliknya bukanlah alasan kita jauh dari Allah. Nikmat kesenangan sebenarnya memberikan ujian yang sangat berbeza berbanding kemiskinan. Kedua, 9 daripada 10 rezeki itu datangnya dari berniaga. Rasulullah juga seorang peniaga sejak kecil. Bagus juga kalau kita pelajari selok belok berniaga, manalah tau rezeki kita berada dalam kategori ini satu hari nanti. Bila luas rezeki insyaallah lebih banyak kita boleh bantu perkembangan agama Islam. Wallahua’lam.




Nota kaki : Tunggu full entry majlis perkahwinan kat atas ni minggu depan ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography