Wedding Hidayah & Firdaus, TTDI

Bismillahirrahmanirrahim


Bila berbicara soal jodoh sebenarnya ia telah tersurat dalam takdir Allah sebelum kita lahir ke dunia ini. Mungkin ada orang yang diberikan jodoh cepat tetapi diuji oleh Allah dalam bentuk perpisahan. Ada juga yang lewat jodohnya tetapi ia berkekalan bahagia hingga akhir hayatnya. Sebab tu kita kena percaya jodoh yang kita miliki ini adalah nikmat serta ujian Allah kepada kita. Jadi, lewat dan cepat sesuatu jodoh itu bukanlah persoalan besar sekiranya kita tahu Allah mempunyai perancangan untuk kita. Sama ada kita sabar atau tidak terhadap ujian itu.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Hidayah & Firdaus. Majlis pernikahan di adakan di Pudu, Kuala Lumpur dan persandingan di adakan di Dewan Komuniti Tun Doktor Ismail. Apa yang menariknya, rumah dia ada dalam kawasan surau sebab ayah dia imam surau tersebut. Sesuatu yang aku impikan dari dulu :)

aya1

aya2

aya3

aya4

aya5

aya6

aya7

aya8

aya9

aya10

aya11


Majlis persandingan kedua pasangan ini diadakan pada sebelah malam. Aku rasa dewan ni sangat mencabar sebab cahayanya sangat suram. Aku rasa lagi suram dari Dewan Perdana Felda yang pernah aku shoot sebelum ni. Aku banyak guna 50mm je sebab tele kurang efektif time low light. Ada cerita menarik aku nak kongsi tentang pasangan ni.

Dulu masa sekolah diaorang ni dari sekolah yang secara tradisinya bermusuhan :) Sekolah Sri Puteri dan Royal Military College. Jadi diaorang ni macam memecah tradisilah sebab bercouple dan melangsungkan perkahwinan :) Aku rasa hampir separuh daripada tetamu malam tersebut adalah dari kalangan sahabat2 kedua-dua mempelai ni. Memang meriah sangat diaorang, macam reunion sekolah je. Siap ada potong kek khas disediakan pengantin untuk meraikan perjumpaan tersebut :)

aya12

aya13

aya14

aya15

aya16

aya17

aya18

aya19

aya20

aya21

aya22

aya23

aya24

aya25

aya26

aya27

aya28

aya29

aya30

aya31