Majlis Berkhatam Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim. Ni sambungan dari entry lepas. Selepas majlis pernikahan Aleem & Nadia ada majlis khatam Al-Quran dan marhaban di surau tempat tinggal pengantin perempuan. Dah lama aku tak tengok majlis ni dijalankan. Kalau dulu-dulu seingat aku majlis camni selalu dibuat sebagai simbolik seorang perempuan tu benar-benar bersedia memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri. Bila tengok kemahiran asas seperti membaca Al-Quran … Read More

Tag bersama Avicenna Studio’s

Bismillahirrahmanirrahim. Weekend lepas aku tag ngan Avicenna Studio’s bersama founder dia fairuzismail shoot satu majlis nikah kat Masjid Wilayah. Selain tu ada juga 2 orang photographer otai iaitu Zayd dan Kerul yang shoot sesama. Pertama kali aku shoot kat Masjid Wilayah ni. Memang cantik gilalah masjid ni. Architecture dia memang superb. Kalau korang nak nikah lagi baik korang buat kat … Read More

TT Photographer

Bismillahirrahmanirrahim. Salah satu cara paling mudah untuk belajar amik gambar ialah dengan join TT (Teh Tarik) geng photographer. Kat forum yang aku join memang ada TT bulanan dan mingguan yang diadakan di sekitar tempat tinggal aku. Kat TT ni biasanya akan jumpa photographer yang lebih senior yang sudi berkongsi apa juga perkara asalkan kita tak berat mulut untuk bertanya. Selalu … Read More

Kenangan Belajar Dulu-Dulu

Bismillahirrahmanirrahim. Masa aku tengah buat kerja tadi tiba2 aku dapat panggilan dari sorang member lama masa aku belajar kat Skudai dulu. Tiba-tiba memori masa belajar dulu mengusik hati aku. Dah lama sangat tak jumpa diaorang semua. Ada yang dah lebih 5 tahun tak jumpa. Terkenang zaman masa belajar dulu masa duduk serumah kat Kangkar Pulai. Kat rumah sewa kitorang dulu … Read More

Penggunaan Kit Lens

Bismillahirrahmanirrahim, Ada seorang kawan aku mengeluh tidak dapat hasilkan gambar yang baik menggunakan kamera DSLR dan kit lensnya. Kit lens ni merupakan lens yang biasanya datang bersama body kamera. Biasanya ia mempunyai bukaan aperture maksimum yang kecik dan kualiti glass/kaca lens yang sederhana. Ia juga lens yang murah berbanding lens2 lain. Tapi bagi aku ia tak sepatutnya jadi penghalang nak … Read More

Masakan Emak

Bismillahirrahmanirrahim Antara buffet kat hotel, kambing oh kambing..:) Kekadang bila aku ada kursus atau program luar dan duduk kat hotel beberapa hari, aku dapat rasa masakan yg berlainan jenis setiap hari. Memang sedap. Tapi kan bila balik ke rumah, bukak tudung saji nampak mak masak ikan kembung sambal ngan pucuk ubi rebus,fuuuhh memang kalah segala jenis masakan yang aku makan … Read More

Anak Buah Aku : Nur Amni Nabiha :)

Bismillahirrahmanirrahim. Salah satu perkara yang dapat menenangkan hati aku kalau penat balik kerja ialah main ngan anak buah aku, si kecik Nur Amni Nabiha. Umur dia dah dekat 4 bulan sekarang. Hobi dia makan tangan dan kaki sendiri pastu menangis. Mana tak menangis, gigit tangan sendiri kuat2 mestilah sakit :p. Sekarang dia dah pandai pusing dan meniarap sendiri. Kalau dibiarkan … Read More

Majlis Perkahwinan Anne & Zul

Bismillahirrahmanirrahim. Aku kekadang pelik kenapa setiap kali selepas cuti panjang rasa malas je nak kerja,hehe. Pagi tadi atas motor mengelamun sampai terlepas simpang nak masuk highway Elite laluan gi kerja. Masalahnya dah 5 minit baru aku sedar,hahaha. Baru aku terfikir “Err Aku nak pergi mana ye lalu jalan ni?”. Bengong betul… Hujung minggu lepas aku jadi jurugambar kahwin member ofis … Read More